Feb 3, 2010

kenapa "si gemuk yang cuba kurus"?

kenapa saya tukar nama blog? kerana ternyata berat saya dah naik! haha jadi saya berazam untuk turunkan berat badan. saya nak jadi sihat. bukan kurus. maksudnya,bila kite niat nak kurus,tak semestinya kita akan sihat. tapi bila niat nak makan secara sihat,maka automatik akan turun berat badan dan jadi kurus! yay! trimas untuk kawan-kawan yang tolong bagi tips-tips dan menu diet saya. saya janji saya akan cuba untuk ikutinya. :P

*click for larger image*
*lambat skit image nak load. saya pun tak tahu kenapa.*


jadi saya search la kan menu-menu yang boleh dihadam oleh monster pemakan ini. nak cari menu,jumpa tips-tips yang berguna. oh ya, saya juga sedang mengamalkan diet "no nasi!". kerana nasi mengandungi karbohidrat yang tinggi!!

owh tidakk!!

oleh kerana nasi ni boleh dikira makanan ruji dan makanan wajib,susah tu nak tinggalkan. pandang kanan,orang makan nasi. pandang kiri,orang makan nasi. pergh! cobaan yan cobaan!! tersembur air liur den. oleh itu marilah kita sama-sama kontrol nafsu nafsi ini dan cuba tinggalkan makanan berlemak lagi tidak berkhasiat itu.

owh,tersasar dijalanmu kejap.

kembali kepada topik utama.

saya jumpa tips yang banyak ni di sini. (dan ada byk series gak tips die.) tidak lupa juga di sinun. owh,di sini bukan kerana tuan punya blog baru nak start. lolz lolz.

so overall tips die ialah:


1.jangan tinggalkan sarapan. saya suka tips ni sebab saya memang kuat makan. jadi,bangun-bangun pagi je perut dah berbunyi. cian perut. maka haruslah kita makan di waktu pagi kerana ia umpama minyak yang membakar tenaga dalam badan untuk menjalankan kehidupan yang aktif! yay! lolz


2. makan sikit tapi kerap. saya juga suka tips ni. kerana monster ini suka mengunyah,jadi setiap waktu nak tukar kelas mesti nak pergi kafe. tapi kena ingat la yang makan kerap tu bukan bermaksud jap makan ayam,jap minum sirap ais,jap lagi makan cekedis plak. adoila.


3. apabila anda di gerai atau restoran,order air LIMAU NIPIS or jus OREN (tak taruk gula) sebab minuman yang masam-masam ni menggalakkan pembakaran lemak.


4. seperti yang anda sedia maklum,buah-buahan adalah amat baik untuk kesihatan. jadi,untuk fit in dalam jadual harian saya,gantikan snek-snek yang tak berkhasiat tu kepada buah-buahan ye cik azyan! beli je epal dalam fridge tu,abesnye tidak. huh!


5. selepas makan,biasakan diri dengan berjalan-jalan secara lemah longlai. eh,secara santai. sebab ia menggalakkan pembakaran lemak.


6.bagi yang suka pergi supermarket,jangan berbelanja masa perut kosong. sebab masa tu nafsu besaw. bila nafsu besaw,macam-macam awak beli. bahaya ooo..


7. untuk cantik perut dan belakang (yakni ehem ehem),sila pergi ke bahagian permainan kanak-kanak dan beli hula hoop. ala,yang bulat2 macam cincin tapi oversize nye tu. maenla pusing-pusing sekitar perut anda selama mana yang anda mane. pergh,mahu krem otot perut maen lama-lama. .
/*sila jangan excited macam ni ye.
yang ni boleh menyebabkan kematian
jika anda kurang mahir atau kata kasarnye bengap.*/


8. ha,tips ni payah skit sebab FSKM ada lift. Gunakan tangga untuk naek ke tingkat atas. erk??


9. berenang adalah senaman yang terbaek~ sebab ia adalah senaman menyeluruh. em em.


10. sebelum beli apa-apa,baca nutrisi kat label pemakanan yang ada kat belakang packaging tu. yang ni payah skit sebab saya tak reti nak baca label. kire kalo berapa kalori yang boleh diconsume tiap-tiap hari? sapa boleh ajar angkat tangan!


11. Banyakkan minum air masak. bukan bukan. air yang banyak tak buat badan gemuk. salah rumours tu. kalo air dalam badan lebih,ia akan kuar sebagai perkumuhan. yakni air peluh dan air kencing la. so,xpe la kalo anda consume byk air pun. kay?


12. minum air 1 jam lepas anda makan. adeh. susah ni. kalo tercekik camne? mungkin dah ajal kowt. harharhar. *evil laugh*




aik,dah abes? act byk lagi senonya. tapi macam korunk pun suma dah familiar kan? cuma nak tak nak je la. hati hati. kena kuat melawan dugaan. fighting!

6 comments:

signi said...

xde keje la tua2 ni nak main hula hoop. hahah. skipping boleh la..tp aku kdg2 skip je breakfast kalau bangun lambat. lunch je terus. hehe. n bout makan kerap tp kuantiti sikit tu cm xle kot for me..sbb takut terlebih..heheh..thanks for the tips!

Othman Juliana said...

oh, kena guna blk hula hop yg de bg hadiah~ hmmmm,...

ps. bayan dh trun 20kg dik!!!!

azyan azilah said...

haha. ur welcome saf. aku buat search ni weyh. byk g kalo g cari.. fun gak aku baca blog2 org yg diet ni.. rasa bersemangat je.. haha

kak nona,for real?? wow,dah nmpk ke kekurusannye? hebat hebat. tp bukan ari tu dah turun 10 kg gak ke? kire total dah turun 30 kg la ni?

Othman Juliana said...

tak la, total smua2 nya 20kg tu. tp, sket pun x nmpk~ hehe

zulaikha said...

lorh.. ko pny blog ker??? xpe2.. ak bg full support kat ko k... teruskan usaha. lepas mkn jgn baring2...

jgn tgk tv or cerita smbil mkn jajan. makan buah xpe.

azyan azilah said...

kenape dgn blog aku weyh?
sje tuka nama...
hahaha ko tak pasan yek? lolz


ko pun kena start weyh makan secara sihat. lolz