May 20, 2012

bye-bye



There he goes
There he goes again
He calls my name,
Pulls my train
No one else could heal my pain
And I just can't contain
This feeling that remains
 There she he goes - Sixpence None the Richer

p/s : i really love that picture. he coincidentally turned around when i snapped, thus making it looked like he was posing.

May 2, 2012

Dosa #2

aku rasa buku ini permulaan nya agak bosan. dengan gaya bahasa Indonesia, yang pada mulanya aku ingat sudah di translate menjadi BM sepenuhnya. tapi memang aku silap. masih ada lenggang lenggok bahasa Indonesia dalam buku ni. bukan masih ada, memang menggunakan gaya dan cara percakapan dari sana. dan buku ini adalah buku Fixi yang pertama ada senarai definisi bahasa di bahagian depan (which i think should be at the back, but putting it in front reminds the reader about the existence of it, which is good).

bila sangkaan pertama aku silap, dan gaya bahasa lain dari yang lain, aku terasa buku ini amatlah susah untuk dihabiskan. Seperti permulaan aku membaca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, gaya bahasa Dosa seperti melayu lama dan aku seringkali tersengguk-sengguk untuk menghabiskan chapter 1,2 dan 3. Tapi bagi aku semua itu perlu. perlu untuk memahami siapa itu Ricky. dari mana dia datang dan macam mana Ricky mendapat semangat dan maksud sebenar tingkah laku dia.

then came Paris. i like him. dia seperti seekor anak kucing yang tersesat, mencari sesuatu untuk berpaut. dengan Paris, aku rasa dia antara watak yang menarik dalam cerita ini. bukan untuk memenuhi nafsu, cuma mencari tempat bergantung. seperti anak kucing, dia nampak moden dan manja, tetapi dia naif. seperti anak kucing yang tersesat.

Yusuf adalah anak manja, yang hanya mahu kehendaknya dipenuhi. jiwa kering, melakukan apa saja asalkan kemahuan tercapai. memang sifat anak manja, seperti setiap adik di dunia ini, agak mementingkan diri tapi masih boleh diterima dan dikasihi.

Oskar. lelaki macho dan perkasa. melindungi dan memerhati. seperti seorang abang yang sebenar, ego nya tinggi tapi masih ambil kisah. Oskar watak yang memberi gambaran dia lah seorang lelaki yang sejati, hanya melihat dan mengawasi dari jauh. seperti malaikat, melindungi.

cerita bagaimana 4 watak menjalani hidup, bagaimana 4 kisah menjadi satu. ini bukan cerita cinta, bukan tentang nafsu, tapi tentang kehidupan, persahabatan. a very nice book.

susah pada mulanya, tapi lama-lama kamu akan biasa, dan dapat mengikut rentak alunnya, dan hargai bagaiman penghabisannya.