Dec 25, 2010

My Girlfriend is a Gumiho


Another obsession found!

Selain dari memasak kat rumah, ye saya obsess dengan drama Korea. Japan is great, i agreed because Japan sangat hebat dari pelbagai benda, but you have to admit yang Korea memang pandai buat cerita. hehe

My Girlfriend is a Gumiho (MGG) or also known as My Girlfriend is a Nine-tailed Fox tells us a story about legendary Gumiho which said to eat man's liver when the man offer himself to be fox's groom.

MGG cerita pasal Cha Dae Woong (played by cute Lee Seung Gi) rich spoilt brat yang nak jadi action hero,tapi atuk dia langsung tak bagi. Atuk asyik paksa Dae Woong pergi masuk real U dan masa Dae Woong nak larikan diri, accidently dia terbebaskan Gumiho yang stuck dalam lukisan. Bila Gumiho (played by Shin Min Ah) terlepas, dia selamatkan Dae Woong yang terjatuh so Miho terpaksa follow Dae Woong,everywhere!


Teaser untuk MGG

Shin Min Ah as Gu Mi Ho.

Bagi aku sebuah cerita tu best bila actor and actress nampak serasi, nampak real. dan dalam ni Shin Min Ah memang nak sangat cute, sangat innocent. Sebab dia musang jadian, maka asyik nak makan daging jeee. sangat cute bila dia cuba untuk menjadi seperti manusia. sangat menawan hati bila dia asyik sebut "NOMU NOMU NOMU NOMU NOMU NOMU" which translated as really really really really. SANGAT CUTE!

Lee Seung Gi as Cha Dae Woong

Every single time aku tgk cerita ni aku tak boleh lari dari fikir yang dia sangat serupa dengan Rupert Grint dalam Harry Potter. owh Ronald Weasley... *okey please back to the real world yan* Mula-mula muka Dae Woong sangat comel bila Miho cuba takutkan dia. dalam MGG Dae Woong is displayed as spoilt rich brat yang bergantung kat atuk yang kaya je. But then lama-lama dia nampak tambah matang. Awwwww. suka suka suka. silap. nomu nomu nomu nomu chuaaaaa. LOL

this is the painting which Gumiho escaped from.


i hate her!!
(the one in red dress)


Paling comel bila Miho sangat suka makan daging yang terlampau banyak, every single time. dan kalau dia tak dapat makan daging, Miho akan ugut nak makan Dae Woong. tengok la muka dia yang comel yang ketakutan tu!!


MGG adalah sebuah drama yang sangat best. semua character berjaya bawak watak masing-masing. Even the evil one are really evil sampai macam nak lempang. Mostly dalam setiap drama yang best, soundtrack dia pun dikire berjaya jugak la. Lagu semua sweet especially Fox Rain by Lee Sun Hee. Please listen to it!




both of this are supposed to be a gif,
but somehow they are not moving.
damn!



So i hope you'll enjoy watching the show! em, for rating I'll give 9/10. Sebab ending macam spoil sikit. tapi overall tetap best! If you want to watch them online, you can watch them here!


Next, Playful Kiss!

Dec 20, 2010

sweet tooth

*lamanya tak buat post baru. hehe

cuti ni kamu buat apa?

dalam fikiran aku, keluar dengan kawan, makan, tidur dan sewaktu dengannya. aktiviti standard bagi student yang tengah holiday. tapi datang satu rasa dalam diri untuk belajar dan memperbaiki skill baking dalam diri aku. aiceh.

first sekali tengok apa yang ada. apa yang paling ringkas dan senang nak buat kat rumah? jawapannya PANCAKES!

pancakes yang sangat mudah untuk dibuat
dan paling sedap makan dengan madu.
nak resipi ke?
kalau banyak request bolehle. lol

so next nak celebrate birthday Amanina Hamidi, dan siti request mintak tolong buatkan cupcakes. First job ever! *yeke* (==")

overall macam okey,tapi icing atas tu tak brape elok lagi. dem. sorry kalau tak comel, tapi rasa inilah yang paling creative sebab masha-allah langsung tak kreatip ni......



the night before keluar bersama Nina,Siti, Kat dan Hana, mak tengok cupcakes yang boleh tahan laaaaa rupanya. So mak request mintak tolong buatkan cupcakes untuk anak jiran bertunang kat belakang rumah ni. Owh mak, with pleasure!




Hasilnya. tak comel,tapi bolehlaaaaa....


the truth is, saya tak berapa suka makan kek. Suka buat,tapi tak suka makan. Sikit-sikit boleh lah. But the one dessert which i favor the most is APPLE PIE! Membuat apple pie agak mudah sebenarnya, sebab tak perlu pakai mesin or whatever. Lagi pulak kat rumah hanya ada mesin pegang pakai tangan, bukan yang jenis letak atas meja dan ada bowl yang besar yang Chef Wan pakai tuuu. (==")


Anyway, saya sangat suka apple pie. My whole family loves it. Before ni ada buat jugak tapi abah tak berkesempatan nak makan sebab habis dikebas oleh abang so buat lagi sekali. untuk makan apple pie dengan lebih sedap, beli ice-cream vanilla banyak-banyak, ha makan la kau. Recommended for sweet tooth.


yang basah-basah tu is apple juices
yang mengalir keluar.
SSLLURRRPPP!!

indah tak tenunan?

Setakat ini itu jela yang dibuat dekat rumah selain keluar dengan kawan-kawan. Oh i'm such a bad daughter.

Sebenarnya saya teringin nak buat resipi baru, Swiss Roll by Rachel Allen. nampak dekat AFC Channel ari tu. nampak sangat sedap dan soft. Aku dah buat nanti aku bagitau sedap ke tak. maybe korang boleh try kat rumah?


on a side note : incase kalau kamu ada post/jumpa/curi mana-mana resipi yang sedap,please tinggalkan komen kat bawah, along with the links. thanks!

Dec 7, 2010

Hello December!

December brings such a bad news for me. Not everything happened according to my plan.

First,kerja langsung tak berjalan.

Sebab mak penat kan duduk rumah, everything needs to be in order. Mak pun macam taknak saya pergi kerja,so xpela. saya duduk rumah. jadi plan untuk beli Fujifilm Mini Instax kena tangguh. dan juga plan untuk bershopping untuk membeli barang *ehem* keperluan seperti beg baru, kasut baru juga terpaksa ditangguhkan.


Second, trip ke Singapore terpaksa dibatalkan.

Sebab DUIT. yup. you can't go anywhere without having money in your pocket these days. omaigos yang ni sangat devastating sebab dah plan sangat-sangat untuk ke Singapore.

Nak pergi Universal Studio dan beli popcorn yang sedap recommended by my aunt, nak pergi Singapore Science Centre where you can play CSI and solve a case (according to AXN), nak pergi Sentosa Island boleh main flying fox. owh sedihnya. (==")

takpela. ada sesiapa yang pergi dengan saya?

Third,rancangan untuk ke Lata Hammers terpaksa dibatalkan.

Not for them,but for me. Only me. Sebab plan Lata Hammers terpaksa diubah tarikhnya dan diubah ke tarikh yang aku telah berjanji dengan kawan KMK. Tak faham? takpe. Jadi,kesimpulannya, tak dapat jumpa kawan Semesup, namun bakal berjumpa dengan geng lain pula. Takpe. Its still a plan.

***********************

Plan punya plan, i have to choose one. Lagipun perpindaan tarikh berlaku dengan segera, maka aku terpaksa buat decision dengan cepat dan tepat.

So anyway janji untuk berjumpa dengan mereka dekat Taman Tasik Titiwangsa, where we gonna suprise Nina. Tapi janji dengan Siti suruh ambil kat rumah dan dia lambat ambik saya kat rumah sebab makan dulu, maka Nina sampai lebih awal dari apa yang plan. Nina kenapa sampai awal? tak sempat nak tiup belon pun. Huh!

Anyway i made chocolate cupcakes the night before and this is the result. Tau nampak tak hebat macam dalam blog cupcakes yang lain tapi saya akan cuba lagi lain kali!


tunggu betulkan tudung jap!






lepas dah puas main-main kat Titi, kami decide untuk pergi makan dan pergi.... jeng jeng jeng... KARAOKE!



amek kau sampai berdiri atas kerusi lagi.

Jadi saya dengar trip pergi Lata Hammers berjaya dengan sungguh hebat! eh mana laporan Azam? walaupun saya tak ikut, tapi saya nak baca jugak. hehehehe


p/s : Kalau ada sesiapa yang nak buat plan berjalan please inform me. I'm dying right now!

p/p/s : kawan saya ada bukak blogshop baru yang jual shawl and inner yang cantik cantik. please support her by visiting here! congratz guys!

Nov 27, 2010

kids & baby photo contest


soo ifah latifah dah tagged saya dalam contest yang diberi nama jula juli,ku lompat sana sini.... eh terlari dari tajuk. okey contest ni nama dia "kids & baby photo contest". Saya jarang gila ah masuk contest sebab peluang nak menang memang tak berpihak pada saya. eh jap. SAYA?? haha gila skema.

Apa yang buat aku tertarik nak join sebab syarat contest itu. kena letak gambar kanak-kanak or budak dalam post ni. Syarat dia suruh letak 1 gambar je, tapi oleh kerana aku tamak, aku nak letak banyak-banyak. Dan oleh kerana blog aku baru je lepas dihack oleh sedara aku pada seminggu yang lalu (you can read it here), maka aku putuskan untuk letak gambar aku. hahaha

jadi lepas aku godek godek gambar banyak-banyak dalam album dan memilih top 5 yang paling cumel! hoyeah!!
jap sebelum tu syarat pertandingan ialah seperti berikut :

1. jadi follower blog ini. http://sweetlikekisses.blogspot.com.2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang."tarikh tutup sehingga 15 december 2010 .tetapi terpulang pada beliau jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold."



jadi lepas dah buat semua tu, barulah hati ni nak cerita pasal gambar-gambar yang ada.

ehem ehem.

jadi aku decide untuk amek gambar ni untuk jadi main picture aku.
sebab?
sebab ada gambar aku yang cumel sebagai baby
dan gambar mak gua yang paling ku sayang.

gambar ni agak lawak la bagi aku.
aku ingat lagi masa tu kitorang 1 family pergi mandi pantai, obviously.
then masa aku tengah terapung macam ni,
mak aku dengan akak aku pergi pedajal aku main tolak-tolak plak.
aku punya menangis sebab ingat mak aku nak tolak jauh-jauh pergi masuk laut sana.
hampeh betul. dahlah tak mampu nak buat pape
sebab kaki terapung kat atas kan. hahaha lawak lawak.
padahal air laut paras betis je.
dalam la bagi aku yang halus lagi cumel ni kan.

okey so next picture adalah bukti aku pernah pergi bukit cerakah Shah Alam.
yang ni pun lawak gak sebab masa tu aku punya bantai menangis sebab aku
ingat arnab yang nganga tu nak makan aku. Seram do. dahlah gigi ada 2 batang je.
kalau sekali dia ngap!

masa ni mak aku kata kami pergi Johor.
tengok gambar ni aku teringat masa kecik-kecik aku ada banyak
gila baju yang jenis skirt kembang-kembang yang macam princes tu.
yang jenis ropol-ropol pastu banyak lace banyak reben.
hahaha korang tak de baju yang macam tu?
untuk pihak perempuan la. lelaki lain jadinya.

okey untuk gambar last ni,
bukti aku pernah pergi langkawi masa kecik-kecik tapi
haprak satu pun aku tak ingat. yang aku sakit atinya,
family aku kuat gila berjalan masa aku baby.
pergh, kalau nak berjalan pun tunggu la aku besar sikit.
bagi aku ingat jugak. ni masa kau baby kau nak ingat apa kan.
aku sering mempertikaikan hal sebegini kepada kedua ibu bapaku.
mengapa mak?? mengapa abah??


So, aku rasa tu je la gambar aku yang paling cumel. hahaha banyak lagi gambar tapi entah kemana. makin besar aku makin rabun dan jadi makin nerd. aarrggghh!!! masa tu gila tak cumel. abes semua gambar loser kau masa skola rendah n skola menengah kau untagged la kan tak mo bagi orang lain nampak. haha.

hey kalau korang nak join contest ni, letak la gambar banyak-banyakskit dan cerita la pasai kejadian disebalik gambar tu. Kalau tak menang pun takpela. Seronok pe share gambar masa kecik-kecik. haha

eh lupa kena tagged 8 orang kan. amboi banyak nak mampus.
aku tagged azam, zulaikha, jijah, fify, safwa, yasmin, joy dan athirah.
buat la buat la sebab aku nak tengok gambar korang kecik-kecik. hahaha

Nov 23, 2010

A crazy evening that should be remembered by those who came..

...because we are too annoying and too loud. LOL



Sooooo,and i've planned, me,Min and Joy went to see Yuna's performance.

Tapi boleh dikatakan yang tak berapa nak tengok Yuna la,sebab more to tengok abang kacak main ketuk-ketuk tong sampah, abang and uncle naik minyak dan sebagai nya.

Confius? lemme explain.

Petang tu sangat gila kelam-kabut sebab tak tidur semalam abeskan 52 chapters of High School Debut. Dah pernah baca tapi bosan dok rumah,so re-read it. Pagi-pagi lepas hantar akak pergi keje dengan Min, lepak jap minum-minum. Balik rumah terus tidur sampai kol 3. hehe

Lepas bangun kelam kabut kemas rumah, mandi n siap. akhirnya, pergi jemput Joy dengan tudung sungguh tak semenggah. Sebab gila kelam kabut, so sampai 5.30. Seb baik tak start lagi. Lepas dah sampai masih ada hati nak cam-whore, tapi tak sedar tudung gila bughuk. so saya pixelated kan gambar saya.


so this is what i wore.
kindda like the tudung.


Okey so masuk dalam dewan yang memang of course dah penuh dengan orang, kami terpaksa duduk belakang. Starting dengan er.. i can't remember who started first. They are entertaining but not really an ice-breaker. Then some,shall i say, Anna Raffali wannabe (okey jahat tak cakap perempuan yang pandai main gitar semua ikut artis kan), MIM sang some songs which is quite good. Dia tulis sendiri la lagu tu.

Okey so next is.. erm ah yes! The Rhythm of Borneo! fyi, diorang sebenarnya pemenang pingat emas kat World Championship of Performing Arts di Hollywood, Los Angeles. huh. Patutlah best. Sorry saya tak ambik gambar. Tapi kalau nak tengok video diorang perform (bukan masa tu la) boleh click kat sini. Maaflah, masa tu sangat sebuk gelak-gelak, buat lawak tak best, main sana sini. Gila ah. Macam budak-budak gila.

In between the performances, somehow i felt yang emcee dia sangat lame. They were asking questions to the audiences, and the prize is the poster (yang dimana ia adalah fotostat), signed by Yuna herself.

And yes, one of the q is ; what is Yuna's full name?

Us ; "Yuna Idris!" "Yuna binti Zakaria!" "Siti Noor Yuna!"

omg it was so hilarious!! Semua sekeliling mesti rasa macam annoyed gila gila. hehe

Then continue with other performance, which still not Yuna's yet. cheh. Ingatkan opening performances je. Boleh tak dalam poster macam hint hint ada other performer, and not solely Yuna's name? Sebab yela, maybe they also got some other fans. Kire macam agak tak adil la macam tu kan. Tau la nak jual, tapi kalau dalam poster tulis nama Yuna je kan macam audiences yang datang mengharapkan Yuna je yang perform, padahal quite a few gak yang perform kan? Macam tak adil bagi part kami dan part other performer.

Sorry luahkan rasa tak puas hati jap. Next is No Noise Percussion. This is where we saw abang naik minyak. omg he is cute okay.

Soooooooooo finally Yuna's here. She looked so sweet..... Maaf takde gambar yang lagi dekat. Kami duduk belakang kowt.



Cam-whoring time. Owh ya. Saya dah betulkan tudung masa Abang Faruok main gitar. "Hi Farouk!". Jadi boleh tangkap gambar banyak-banyak.






Itu sahaja untuk hari ini. Semoga bertemu di lain hari!

Nov 20, 2010

Dairy of si Ngontel

hai semua. hari ini Kak Yan takde. saya take-over blog ni.
Jangan bergerak! lihatlah pose saya yang sungguh bergaya ni.
cool kan?
ye,hari ini saya take-over blog ni sebab saya nak cerita pasal
Hari Raya Korban hari tu.
masa saya tengah syoookkk tido, tiba-tiba,,,,,


saya dengar bunyi bising kat luar.
sebuk betul. tengok saya dah terjaga.
saya terjaga pun nampak macam boss kan?

saya tak suka betul bising-bising ni.
so mak saya mandikan saya,
suruh saya control sikit bising tu.
aaiiissyyhhh~~~
semua pun nak saya yang buat.

apasal bising-bising ni??


ha? ada orang balik?


yay! ramai orang balik jadi saya ada geng nak main!
Yuhuuu!!!


....
seronoknya main sampai lupa pasal blog ni..

tolong! ada bonzer yang nak culik saya!!

owh tak.. bonzer tu nak main-main dengan saya je..
saya tau saya memang cumell...
......
owh penatnya main..
saya nak tidur dulu la!


sementara saya tidur,
ada orang pergi mancing pulakk..
bagus bagus.
bawak balik ikan banyak banyak okey
supaya saya dapat makan banyak
dan jadi lagi besar dari ni.
muahahahahhahahaha~~


..
oh, inilah tempat mancingnya,,

eh apa main cacing niii.....

waaaa,akhirnya dapat gak ikan.
Ateh sungguh hebat! 2 ekor pulak tu!



ha?
apa?
Kak Yan dapat ikan ke x?
MUAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA!!!!
kak yan tak dapat ikan punnnnnnnnn.
penat je dia pergi mancing..

dahlah. penat saya gelakkan Kak Yan.
okey,sekarang saya nak ikut balik Kolumpo.
please please please!!



hahaha
tak la. acah je.
saya memang dok Benta je la.
cuak la tu nak terima kedatangan saya.
saya memang suka main-main ni.



okeylah. saya dah penat la buat blog ni.
pergilah kat Kak Yan cumel tu.
saya nak tido pastu makan Nestum.
bye!

p/s : Selamat Hari Raya Aidiladha everyone. fyi,watak di atas ialah Daniel, baby baru di kampung. Sungguh montel sehingga dipanggil Ngontel oleh semua orang.