Apr 3, 2011

21

*Ah tajuk post memang saja nak tiru Azam dan Trah tapi tukar ikut kesesuaian*

and so i've turned 21 this year. Age is just a number really. I don't feel any different from yesterday, neither feel more awesome or anything. I wonder bout some things.

Kenapa masing masing perlu kaitkan umur dengan tahap kematangan? Jadi bila umur dah meningkat jadi kena jadi lebih matang la? Who said that? Not that i'm complaining though but age doesn't really implies anything. Kematangan lahir dari pengalaman, cara berfikir dan ilmu pengetahuan. Kalau kau kecik-kecik dah berfikir dengan lebih mendalam, menganalisa dan bertindak tanpa terburu-buru, apa masalahnya. Even kau dah tua pun tapi kau masih degil taknak ikut cakap orang or buat ikut pale sendiri pun kenapa nak salahkan umur? Like "kau ni dah besar pun perangai macam budak-budak". Jadi semua dewasa mesti matang la. macam tu?
*okey tiba-tiba teremosi*

Sudah sudah mari kita kembali dengan perwatakan ceria dan happy selalu. Maka untuk menghargai kelahiran saya ke dunia ini, kami bercadang untuk ke Bukit Tinggi, Bentong Pahang. Tak pernah lagi pergi tempat ni namun Safwa pernah. Perjalan pergi sana masya allah. seriously macam eh kita sesat ke hape ni lama gila travel sampai rasa dah cross 3 bukit dah ni. Sebenarnya ada je jalan short cut untuk ke Colmar Tropicale (the park's name) tapi jalan ditutup sebab tanah runtuh. Jadi terpaksa amek jalan jauh.

Sampai-sampai dah pukul 3 lebih. btw Colmar Tropicale consists of three main attraction : Japanese Tea House, Botanical Garden and French-theme Village. So kami niat kononnye nak pakai baju kimono/samurai bagai pastu tangkap gambar (hasutan dari Safwa) jadi excited la ke Japanese Tea House dengan cepatnya.



penjaga pintu gerbang


effect bukan dari kabus, bukan asap.
tapi dari cap jari terlekat kat camera. LOL

Untuk pakai kimono dan tangkap gambar, kamu kena bayar rm20 seorang/satu outfit. Sebab rasa macam erm,tak berbaloi, jadi kami batalkan niat tu. maklumla masing-masing sengkek der. Lainkali la. ohoho Sorry lupa nak tanya outfit samurai ada ke tak. ahaha





The thing about Japanese Tea House is, korang kena panjat bukit yang super curam. Mau termengah juga la kan. Jadi sesiapa yang rasa nak datang sini tolong lah korang akan rasa menyesal datang pakai heels (seperti saya T_T). Sila lengkapkan diri anda dengan kasut flat. Dan oh ye, Japanese Tea House bukak sampai pukul 6 petang je. Jadi sila datang sebelum itu ye~

Next destination in the Colmar Tropicale is The French-theme Village. Memang sangat style kot tempat ni. Terasa macam kat oversea. Tapi spoil sikit. Cuaca masih panas. Jangan expect macam kat Genting or Cameron la sebab biasa-biasa je. Suhu maybe turun 2,3 degree je, but overall, masih boleh pakai baju biasa. hehe


Secret building only for Royalties
(okay tipu. Hanya untuk customer hotel)




view from Clock Tower




ni angsa sebenar dan ye dia cuba untuk gigit Yus dan berjaya.
agaknya angsa ni geram kitorg asyik dok kacau dia. ahaha



So berakhirla pengembaraan ke Bukit Tinggi. Seronok. Tapi macam tak puas. sikit je tempat dia. dan perjalan ke sana sumpah ya allah macam nak menangis enjin kereta. Apa? Hadiah hari lahir? Laaa bukankah

hadiah yang paling berharga adalah si dia.

okey geli kan? muntah sekarang. ohohoho



okey but seriously this is what i got from him. sweet kan? Namun sesungguhnya bunga adalah salah satu barang klise yang wajib dibelikan untuk perempuan bagi menambat hati nya. Saya bukanlah girls yang tergila-gila kan nak bunga sentiasa, but perempuan lebih kepada effort. Usaha yang padu serta keazaman yang tinggi membuatkan kami lebih jatuh cinta kepada anda. Dan ye Yus telah berjaya buat saya terharu. Bukan sekadar bunga, tapi untuk segalanya.

Maaf la post super jiwang dan agak emosional. Jadi kawan-kawan apa lagi jom la kita berjimba ke Bukit Tinggi pula! (promote sikit)

Mar 26, 2011

of engagement ring, car window and strawberry

my housemate, classmate and group-mate Nur Syafiqah bt Mohd Khazali is officially engaged last 19th March 2011. okey saya tau report documentation ini agak lambat. blame the super slow internet! Selepas bersiap-siap dengan cantiknya, kami pun bertolak dari Shah Alam ke Simpang Pulai. kereta super cool = me, yus, tipah and anis. kereta kurang ong = fify, didi, mira, ain and hanis. Asal kurang ong? sambung baca sampai bawah.

Sampai-sampai terus makan dan masuk menceroboh bilik pengantin. Eh pengantin ke nyah. ahaha pergh super cantik make-up dan baju. Kagum kagum. Bila datang majlis orang bertunang dengan pasangan, mula la dah ulat bulu dah naik daun. Minta berkat melekat la, amek turn jadi orang seterusnya la. macam-macam kau kan. Ohohoho.

Dan...sesi photography bermula.


minta berkat







gadis berdebar menunggu rombongan lelaki.


pandai Fify amek gambar.


mempelai



so after happily taking hundreds of shots, we decided its time to go home. Tapi atas dasar ingin berjimba yang kuat, kami berpikiar nak pergi berjimba lagi dekat Cameron Highlands yang super dekat dengan Simpang Pulai. Baru je kol Fify nak tanya jalan..

BOOM!!

terjadinya peristiwa seperti di bawah.




Tragic isn't it? Masalahnye banyak sangat batu kecik atas jalan balik ikut Gopeng. So bila kereta dari lawan arah laju, batu-batu kecik tu akan berterbang dengan kadar yang laju lalu boom. Terbang duit Fify rm450. Tragis.

Tragis tragis jugak, berjimba tetap jalan. Lepas hantar mereka kembali ke rumah Ieqa, kami go on ke Cameron. bukan senang weyh nak pergi. ohoho bolehla pulak pergi Cameron dengan pakai baju kurung, Tipah baju kebaya. Cina-cina kat sana semua dok tenung je. tak pernah dibuat orang der!





sampai rumah pukul 2,3 pagi. gila adventure turun dari Cameron. dengan lori yang super laju dan jalan yang gelap gulita. seram siot. eh ada siapa perasan tak malam tu bulan super besar dan super cantik? Lepas balik baru tau fenomena Supermoon. ooooooo

Okey la. nah ole-ole untuk santapan mata untuk anda semua.



pergh lama gila siot blog dibiar sepi. maaf. biasaaaa bro. waktu macam ni ramai orang sebuk siapkan ASSignment dengan test dan quiz bagai.

Mar 22, 2011

setapak melangkah, dua langkah ingatan dinda pada kanda



aku tahu sekarang ramai gila suka lagu Anuar Zain OST Merong Mahawangsa tu. tapi bagi aku lagu ni tetap the best. kutuk la macam mana pun. puitis dan mendalam.

Feb 20, 2011

paradox

so does Pinocchio's nose will grow or it doesn't?

Feb 15, 2011

perception

People aren’t they way they appear to be. Most of the times people changed into something they swear never be, and sometimes people can do unexpected things, things that they should never thought of doing it. They crossed the line.

I admit that being a positive thinker has its disadvantages. First,ke’naif’an akan terserlah. You’d expect people to be all nice and good but the truth is everyone has a bad side in them. Kau fikir ‘’oh takkan la dia buat macam ni. Dia kan baik.’’ Sort of. Tapi sebenarnye, every yin must have yang. You can’t just categorized people into black and white. Because every one of us falls into grey category. Cuma character cerita melayu je yang macam tu. Kalau baik, subhanallah tak pernah jadi jahat. Hati mulia gila. Kalau jahat sumpah macam setan. Padahal setiap yang baik tu ada jahatnya. Setiap yang jahat tu ada baiknya.

Like it or not,kita semua akan buat sesuatu yang jahat. Maksud aku takla jahat macam merogol atau seangkatan dengannya. More to menipu or dishonesty. Something like naughty stuff. Benda yang jahat tu sentiasa seronok, sentiasa exciting. Seronok kan pedajal orang? Seronok kan tipu orang? Kalau tak takkan la “gotcha call” dengan “panggilan hangit” makin lama makin banyak orang nak buat. It’s a form of lies where everyone, directly or indirectly, agreed to it. We laughed at those people whose been cheated. Seronok kan?


these two are superb at fooling people. love it!


Back kepada point yang sebenar.

Living in this kind of world, aku kena pastikan yang diri sentiasa aware dengan surrounding. Human is mysterious. They can always turn out to be someone you don’t even know. Macam hari ni kau baik dengan dia, esok tiba-tiba, out of nowhere, die pulaukan kau (sadly this is from life experience). Macam hari ni kau nampak dia gila sombong, macam nak cucuk punting rokok kat muka dia (quoted from friends’) tapi sebenarnya dia quite nice and friendly. Korang faham la kan apa yang aku cuba sampaikan.

Bertahun kenal tak bermakna kau kenal luar dalam seseorang. Aku bukanlah sesiapa nak judge orang, apatah lagi nak kritik sebab aku takde hak untuk tentukan apa yang diorang nak buat dengan hidup masing-masing. Cuma aku rasa ini sebagai peringatan untuk diri aku sendiri. Mulai sekarang ni aku cuba untuk berfikir dengan lebih matang dan cuba untuk jadi seseorang tak naïf (LOL). Eh jap, apa lawan untuk naïf?


defak am i doing now? making another blogpost? you should be studying now azyan!

Feb 8, 2011

zaman berkahwin

Sekarang semua topik berkisar pasal perkahwinan. Seriously. Aku tak tahu pasal korang tapi sesungguhnya sekeliling aku semuanya bercerita pasal kahwin. Bila aku mention pasal mende ni kat a few of my friends, semua admit yang topik terhangat 2011 adalah perkahwinan. Adakah sebab semua dah cukup (or almost) 21 semua dah nak kawin? Adakah sebab semua dah nak abes belajar semua dah merancang? Come on guys jangan bagitau aku yang korang tak pernah terfikir pasal kahwin, not even once? gilaaaa tipuuuu.

okey let's get serious here. i know some of you are smiling widely now.

in my honest opinion,aku rasa tak salah untuk berfikir pasal kahwin awal-awal ni. because marriage itself is a plan. Ada yang nak kahwin sampai setahun plan. Dari cari barang kahwin, survey cincin, plan pelamin. Gila. Aku sungguh kagum pada mereka yang tegar dalam menyiapkan plan perkahwinan. *TabikSpring*

For me, aku nak kahwin awal pe. Kahwin awal in a way that lepas abes belajar kahwin je terus. Bila kahwin, kau dah terlepas dari tanggungan mak bapak. Kire tak la kau menyusahkan mak abah kau lagi. Takla nak kena susahkan mak dari segi mak risau kita keluar or kita berjalan.

Mak aku ada satu tendency bila anak-anak takde depan mata, dia akan telepon dan mesej dan risau dan telepon lagi. Selagi anak tak balik rumah, mak akan berjaga malam untuk make sure yang anak-anak balik dan ada depan mata. Bila dah nampak depan mata baru mak puas hati. Namun terdapat exception untuk anak2 yg pergi belajar jauh-jauh seperti aku. *evil laugh*

and then bila kau kahwin ada tempat bermanja, ada tempat meluahkan perasaan. Kau tak rasa seronok ke balik kerja/kelas ada orang nak mengadu masalah.

"Ayang tadi kat kelas Jijah buat lawak ntah pape. Anje rasa nak lempang je tapi anje tahan. Anje lempang sayang boleh?"

"Kekanda hero hatiku, di tempat belajar dinda terdapat seseorang lelaki yang cuba ngorat dinda sedaya upaya dengan mengelipkan mata beliau kepada dinda. Oh kekanda dinda terasa seperti dicabuli. Cantik sangat ke dinda ni kanda? Dinda tahu dinda cantikkkk"

Dan sebagainya. (sila imagine sendiri)

Sebagai seorang perempuan, bila hidup dah berkahwin ni, terasa macam kuranglah buat dosa. Nak tak nak kita kena admit yang bercouple ni bawak banyak dosa. pegang tangan la bertentang mata berpelesiran di tepi pantai main kejar-kejar bawah pokok kelapa la bagai. Aku bukan seorang yang alim, aku sedar aku tak layak nak ceramah siapa-siapa tapi bila kahwin awal ni dapat nak gak melepaskan nafsu yang membuak dari darah seorang remaja (lelaki je. perempuan tak. ngehngehngeh)

Ada banyak lagi kebaikan kahwin awal. Kalau tak caya tanya Ieqa. bukan sebab beliau bakal kahwin, tapi sebab Ieqa ada buat presentation pasal kahwin awal. Tapi memang ieqa dah ala-ala bertunang dah.

Mari kahwin awal. Mari mari kita meriahkan pos office dengan menghantar kad jemputan secara konvoi.

Owh ya. Hari ni birthday sayang sayang aku. Bulan Feb memang banyak sambutan hari lahir. Dear Azam, happy birthday!

Disebabkan Azam letak "Lalink bucuk2" kat gamba kami berdua
maka ia menimbulkan kontroversi dalam hidupnya. LOL

Dan juga Happy Birthday Peha! (8 Feb 2011) I love you so much too!


Kepada yang lain, tunggu turn anda okey? hahahaha

Jan 30, 2011

crazy for macaroons and cakes.

I had a dream. In my dream, i ate THE most delicious cake ever! Bangun bangun je the first thing yang terlintas kat dalam otak " I NEED TO EAT SOME CAKE". like,gila wajib dan perlu.

but unfortunately,tak semua yang kita nak tu dapat. I intend to go to Levain Bakery located at Jalan Imbi with a few dessert-craze friends of mine, but then semua ada hal masing-masing. In the end, the best that i can do is eat at Secret Recipies. tasted their new Chocolate Lava,but for me, tak berapa nak sedap sangat la.

Few days later, best buddy (Siti Nadia Darduri. ye cik siti) also had the same craving as mine. Kami nak makan kek! She suggest us to go to Serai Restaurant at Empire Subang Shopping Gallery. And guest what i found there.

the ever most delicious cake ever made and i ever taste.
Pavlova cake. served best with a cup of Cappuccino.


dan oleh sebab Siti taknak makan makanan yang sama,
dia dan Kat order Chocolate Lava Cake,
which, for me, waay better than Secret Recipies'.

miss Hana and her boyfie decided to eat nasi.
Hana,kami datang untuk dessert okey!
sila ikut tema!


Hana dan mr boyfie.

In a few minutes, a whole slice of Pavlova is done!

Sebelum dijemput Siti, i did a few research on Serai Restaurant. most of them said there are a few reasons why Serai is one of the must-visit-restaurant ever. First, THE PAVLOVA of course. Second, cute guys are serving you. Ye saya akui memang pelayan kat sana sangat cute. Cute as in, international-cute. Yela, mamat comel Myanmar mana dia kaut. Tapi cute. Trust me. >.< *serious face*

Ketiga, tauke yang peramah. Sempat borak-borak dengan kami dan tanya macam-macam gak la. Not to the annoying point but yeah, you'll feel comfy. Other reasons, go find out yourself. Hehe

Dalam borak-borak, habis dah satu slice Pavlova. Owh damn i just can't get enough of it! So order lagi satu. Sedap gilaaaaaaa. Please kalau kamu tahu mana-mana yang jual Pavlova Cake lagi please do tell me. Pretty please?

Dan alang-alang berada di Empire, sempat singgah sekejap ke Whisk Espresso Bar and Bake Shop to buy this!

Kegilaan terhadap macaroons semakin menjadi-jadi.

FYI, miss Latifah ada bercadang untuk membuat macaroons. She even gave us the recipies but.. oh well.. hancur berkecai punah musnah. Takkan dipandang ke belakang lagi. Okey stop. I think everyone got the idea now. Shall we move on?


gila pura pura tidur.


Thanks Serai. Hurm, the only, and obvious downfall for this restaurant is the food is too pricey. Too pricey, for a student like us. Nasi untuk rm15? no way man. But then again untuk delicious dessert macam Pavlova, i'll pay any price for you. ah lupa nak bagitau. One huge slice of Pavlova cake cost rm 14.80. For that heaven on earth experience, man.. tak tergambar sanggup buat apa saja. Okey saya bila bercerita memang hyperbola sikit. maaf.

Any place worth your recommendation?

Jan 16, 2011

Malacca, historical city

Tons of plan had been made. A number of SMS-es had been sent. Emails, bus tickets, sweater/jacket,card, semua dah dipersediakan untuk perancangan kali ini. Perfect? In my mind it is. Tapi semua rancang tak berapa nak jadi sangat la. For what Yan?

for Fairus' Suprise Birthday Party!!

..but the word 'party' doesn't really implies much.

Still, perut gelodak geleduk untuk menyiapkan suprise ni. Dah nak sampai Melaka terasa lutut longgar, tangan berpeluh, perut nak tercirit. Kuatkan hati terus pergi jugak Dataran Pahlawan walaupun kena jalan kaki!

The original plan was to ask Yus to wait at some park. Buy some balloons and asked some kids to pass the balloons to him. Then i'll come to him with the rest of the balloons, while giving him his present. Owh gila romantis.

Tapi di kala kelam kabut dan bus yang sampai lambat, i had to cancel that plan and just meet him at the Dataran Pahlawan. He is suprised,mind you,tapi dalam hati terasa macam nak sangat buat seperti apa yang di plan. T.T

Anyway, he is indeed very happy. Sangat gembira sampai ala-ala nak belikan perfume je. Haha. Kena mintak mahal-mahal ni.

So we spend the evening at Dataran Pahlawan, lepak-ing and hanging out. Terasa macam dekat KL sungguh. Owh Melaka maju 2010 mehh~~ btol ai terasa kat key ell.

hanging out at the pool bar

terasa macam budak sekolah lepak kat tangga. LOL


Malam menjelma. Aicehhhh~

Lepas drop budak botak beramai-ramai, dia patah balik dan lepak bersama ku. Sebab lama sangat hantar diorang, (jarak ALAM dengan bandar Melaka sejam oke) kami decide untuk pergi one place yang rasa mesti buat everytime pergi Melaka. Kami naik River Cruise!

Tak ambik gambar banyak-banyak pun. But still, walaupun River Cruise nampak/dengar macam lame gile, untuk orang yang tak pernah or jarang datang Melaka kena naik la. Sebab lalu banyak tempat, and the history behind it is reveal. Sebab saya tak ambil gambar banyak, so curi gambar dari Melaka River Cruise. Sangat puas hati sebab seronokla wak! heh Antara tempat yang kami lalu ;


Eye on Malaysia Ferris Wheel

lalu kat Melaka River.
eh tapi Yus kata ni air laut.
saya dah kompius. <- gila fail Geo.
lalu dekat Kampung Morten.
kampung Morten adalah salah satu warisan yang dipelihara oleh kerajaan Melaka.
Cantik gila design rumah dia. Lip lap lip lap.
Wajib tengok meh.

Melaka Night Scenery.

Eye on Malaysia from my hp. (==")

Lepas dah setel River Cruise, kami jalan-jalan untuk penuhi nafsu makan. Kata orang, asam pedas Melaka is TEH BEST. Kire makanan signature orang sana la. Kat mana yang sedap ni?

walaupun tak nampak sangat,
tapi belakang saya ialah Kincir Air yang gila besaw.
Digunakan dari Kerajaan Negeri Melaka lagi.

Dalam jalan nak cari makan, jumpa Jonker Walk. Ada apa kat Jonker Walk? Basically macam pasar malam, tapi nampak lagi heaven dengan barang-barang rare yang susah nak jumpa. You know what, i found some old, really old picture in Malaysia. dated back from 1970's. Gamba Masjid Jamek yang lama, gamba Dataran Merdeka yang lama. Gila nostalgik. Banyak lak tu. For just rm5. Bagi sesiapa yang terasa nostalgik/historian-to-be (hint : Azam) sila beli dan tampal kat rumah. Tak sah jadi ahli sejarahwan kalau takde gambar lama mehhh.






Jonker Walk berada di tepi Jalan Hang Jebat. ahh! Terasa nak bersilat! Haa,masuk masuk!!


Apa motif berjalan jauh-jauh? Nak makan weyh!! Lapar ni. Dengan nak cari asam pedas terbaik, kami tanya pakcik teksi. Luckily for us, pakcik teksi tu bagi suggestion terbaik punya. TEH BEST ASAM PEDAS punya restoran memang dekat dengan Jonker Walk. The most famous? Asam Pedas Daging *something* (maaf lupa nama dia tapi bunyi macam lucah sikit. Sumpah!) Sampai sana sila order yang itu kay? Yang lain semua asam pedas ikan.

This is the most wajib place to go.
Gila lain asam pedas dia. terbaik!

Masa Yus nak hantar balik hotel,kami nampak banyak gak la kereta tersadai tepi Menara Taming Sari. Tengok-tengok, pergh ada pulak orang dok show off sound system yang gila melalak. Berdiri dekat sikit je boleh rasa jantung nak terkeluar. Dia punya beat tu, oh dammit. Yus kata macam ni la kalau masuk club. O rly? Sah aku memang tak ley masuk club. Gila nak meletup jantung weyh. haha Sumpah i terasa kat key-ell y'allllll


MyVi je kowt. tapi meletup!




So the next morning yus pick me up dan kami pergi ke Melaka Sentral. He gotta go early sebab nak pulangkan kereta sewa. OWH DAMN! why? why? Sedih gila sebab terasa nak spend lagi masa dengan dia. Hati sayu gilaaaaaaaaaa.


Sampai kat Shah Alam dalam pukul 2. T.T masih lagi berada dalam mode tak percaya dah sampai rumah. Waaa!! Dalam bus air mata mengalir sebab terasa macam sayu je nak berpisah. Gila gedik. Tolong ingatkan akuuuuuuuuuuuuuuu banyak lagi assignment tak siap oke? Fine.

Overall,gila best dapat pergi Melaka. Memang dah berubah gila la dari memori aku. Memori zaman budak sekolah rendah agaknya. Hah. Lepas ni boleh datang lagi sebab tak naik lagi Menara Taming Sari. Masa aku datang ni diorang tengah buat maintainance. Takpela. Lepas ni sapa nak follow pergi Melaka lagi?