soo ifah latifah dah tagged saya dalam contest yang diberi nama jula juli,ku lompat sana sini.... eh terlari dari tajuk. okey contest ni nama dia "kids & baby photo contest". Saya jarang gila ah masuk contest sebab peluang nak menang memang tak berpihak pada saya. eh jap. SAYA?? haha gila skema.
Apa yang buat aku tertarik nak join sebab syarat contest itu. kena letak gambar kanak-kanak or budak dalam post ni. Syarat dia suruh letak 1 gambar je, tapi oleh kerana aku tamak, aku nak letak banyak-banyak. Dan oleh kerana blog aku baru je lepas dihack oleh sedara aku pada seminggu yang lalu (you can read it here), maka aku putuskan untuk letak gambar aku. hahaha
jadi lepas aku godek godek gambar banyak-banyak dalam album dan memilih top 5 yang paling cumel! hoyeah!!
jap sebelum tu syarat pertandingan ialah seperti berikut :
1. jadi follower blog ini. http://sweetlikekisses.blogspot.com.2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)
3. letakkan banner contest di sidebar anda.
4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..
5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.
3. letakkan banner contest di sidebar anda.
4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..
5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.
6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.
7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang."tarikh tutup sehingga 15 december 2010 .tetapi terpulang pada beliau jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)
hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold."
jadi lepas dah buat semua tu, barulah hati ni nak cerita pasal gambar-gambar yang ada.
ehem ehem.
jadi aku decide untuk amek gambar ni untuk jadi main picture aku.
sebab?
sebab ada gambar aku yang cumel sebagai baby
dan gambar mak gua yang paling ku sayang.
gambar ni agak lawak la bagi aku.
aku ingat lagi masa tu kitorang 1 family pergi mandi pantai, obviously.
then masa aku tengah terapung macam ni,
mak aku dengan akak aku pergi pedajal aku main tolak-tolak plak.
aku punya menangis sebab ingat mak aku nak tolak jauh-jauh pergi masuk laut sana.
hampeh betul. dahlah tak mampu nak buat pape
sebab kaki terapung kat atas kan. hahaha lawak lawak.
padahal air laut paras betis je.
dalam la bagi aku yang halus lagi cumel ni kan.
okey so next picture adalah bukti aku pernah pergi bukit cerakah Shah Alam.
yang ni pun lawak gak sebab masa tu aku punya bantai menangis sebab aku
ingat arnab yang nganga tu nak makan aku. Seram do. dahlah gigi ada 2 batang je.
kalau sekali dia ngap!
masa ni mak aku kata kami pergi Johor.
tengok gambar ni aku teringat masa kecik-kecik aku ada banyak
gila baju yang jenis skirt kembang-kembang yang macam princes tu.
yang jenis ropol-ropol pastu banyak lace banyak reben.
hahaha korang tak de baju yang macam tu?
untuk pihak perempuan la. lelaki lain jadinya.
okey untuk gambar last ni,
bukti aku pernah pergi langkawi masa kecik-kecik tapi
haprak satu pun aku tak ingat. yang aku sakit atinya,
family aku kuat gila berjalan masa aku baby.
pergh, kalau nak berjalan pun tunggu la aku besar sikit.
bagi aku ingat jugak. ni masa kau baby kau nak ingat apa kan.
aku sering mempertikaikan hal sebegini kepada kedua ibu bapaku.
mengapa mak?? mengapa abah??
So, aku rasa tu je la gambar aku yang paling cumel. hahaha banyak lagi gambar tapi entah kemana. makin besar aku makin rabun dan jadi makin nerd. aarrggghh!!! masa tu gila tak cumel. abes semua gambar loser kau masa skola rendah n skola menengah kau untagged la kan tak mo bagi orang lain nampak. haha.
hey kalau korang nak join contest ni, letak la gambar banyak-banyakskit dan cerita la pasai kejadian disebalik gambar tu. Kalau tak menang pun takpela. Seronok pe share gambar masa kecik-kecik. haha
eh lupa kena tagged 8 orang kan. amboi banyak nak mampus.
aku tagged azam, zulaikha, jijah, fify, safwa, yasmin, joy dan athirah.
buat la buat la sebab aku nak tengok gambar korang kecik-kecik. hahaha