Selepas aku letak je buku ni kat tepi, satu kepuasan datang dalam badan aku. Akhirnya aku dapat baca satu novel Melayu yang sungguh lain dari biasa,lari dari cliche. Ini bukan kisah cinta Adam dan Maya, ini bukan kisah tentang anak muda yang turun ke bandar dan bertukar menjadi pemabuk dan jadi Si Tanggang. Bukan. Ini kisah tentang kehidupan seharian yang bertukar menjadi kompleks gara-gara kesilapan lampau, buatkan takdir ternganga dan terus diolah menjadi cerita.
Ah cubaan untuk menjadi lebih urban tidak menjadi. Maaf.
Mana aku pertama kali dengar tentang buku FIXI? Dari Obe's blog dan dari dalam Twitter. Tapi aku berniat untuk membaca buku ini muncul lepas baca review dari Nami's TTGB. Masing-masing mengolah tentang bagaimana betapa urbannya buku genre heist ni. Serious, aku langsung tak faham. Apa definisi pulp? apa maksud heist? Tak bukan aku bukan selalu sangat tengok movie Quentin Tarantino,itu aku mengaku.
So apa maksud semua ni?
'Pulp' dalam Urban Dictionary define as
"movie, book, or other type of publication with lurid (shocking/gruesome) subject matter, such as crime. Often shocking subjects portrayed as non-shocking."Heist pula
"The pre-meditated, organized robbery of a bank, shop, warehouse or other location."Jadi kau faham kan yang ini bukan novel cinta, tapi novel tentang rompakan bank. Okey sekarang baca pula sinopsis di belakang buku.
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH
Apa yang asalnya satu rompakan bank yang biasa kita nampak, tapi sikit demi sedikit buat Inspektor Paul, pelik. Bukti masing-masing tak link kat satu sama lain. Jap, ini rompakan. Apa kaitan dengan Bakar, pakcik tua yang bakal jalan tak lama lagi?
Okey wait rasa tak perlu aku spoil kan apa yang jadi dalam novel ni. Banyak flash back, banyak dialog yang bersahaja, and believe it or not ada Restoran Khulafa dalam ni. Mungkin sebab penulis nya tinggal di Shah Alam jadi semua latar belakang memang tempat di sana.
Aku sukakan puisi. Buku seperti Tenggelamnya Kapal Van der Wijck,dah lama berada dalam koleksi aku. Dan novel ni adalah seperti Hamka menulis dalam bahasa "Leverage". Normal, tapi percaya atau tak banyak bahasa melayu yang kau tak faham. Contoh. Tengok sinopsis dan bagitau aku apa itu "kerunyut"? Tapi taklah taraf sastera yang buat semua bosan. Mungkin ada yang tak suka sebab banyak flash back, banyak silang kata, tapi itu yang buat novel ini seronok.
Dan yang lawak nya, aku tak pernah perasan lelaki yang jadi cover ni pakai tudung. Seriously. Bila Athirah point out kat aku baru perasan. Siap ada nampak silhouette janggut lagi. Ahaha.
Aku jamin novel ini akan buat kau terkejut, dan pening. Tapi bila semua misteri, semua soalan dah terjawab, kau akan faham dengan sendiri. Baca lah, hanya rm20 di Kinokuniya dan MPH. Kau akan tahu apa perasaan bila habis nanti. It is unless, this isn't your cup of tea.
3 comments:
intrigue to read...
haha..boleh la masuk dalam list to buy once aku da dapat gaji...
(tgh mencari lagi novel2 melayu yg cool untuk dibaca.)
wajib berada dalam koleksi novel anda. hehe
haha. tula aku pelik. kate robbers sume lelaki. so amen dtgnye perempuan. skali lelaki pakai purdah daa~ haha
Post a Comment