Jun 30, 2011

dilema

what would you do if you suspect someone you know is cheating on his/her partner?

contoh kau kenal pasangan ni dah lama. suka la dengan diorang dan harap diorang kekal sampai bila-bila. tapi perlakuan salah seorang dari mereka macam pelik. Pelik as in boleh menimbulkan syak wasangka. bukan sekali dua si partner yg curang ni macam nak kantoi tapi tak kantoi la. Ada pernah tak rasa macam tu. Macam nak kantoi tapi tak kantoi. Contoh macam kau nampak stranger ni berkeliaran menjeling-jeling tepi rumah kau tapi bila dia sedar kau ada dia stop. Macam mencuri tapi takde bukti. Macam kantoi tapi tak kantoi. Macam tu la.

Apa yang kau rasa kau patut lakukan?

1. Bagitau partner dia

tapi kalau bagitau rosaklah satu hubungan tu. lagipun kau bukan sure sangat yang dia curang/menipu. suspect je. cuma takde bukti. kang kalau bagitau rasa bersalah pulak kalau tak de apa-apa kan. Lagipun meningkatkan tahap ketidak-percayaan masing-masing.

2. sound or confront si curang

or suspek curang. tanya dia depan-depan. sebab partner dia adalah lebih kurang orang yang kau sayang jugakla so tak mahulah jadi apa-apa kan. Kau respect dia sebab tu kau taknak dia buat sesuatu yang bakal disesali nanti. tapi kang kena marah or kena maki hamun pulak.

3. siasat lebih / dapatkan bukti

kalau macam ni tak kira macam stalker or invasion of privacy ke wey? Niat dah baik tapi niat tak halalkan cara kan? Tapi kita nak membendung sesuatu yang lebih buruk berlaku. Kalau positive boleh dibendung. kalau dah terlambat langsung nanti kira macam terhantuk baru nak terngadah.

4. biarkan kantoi sendiri dan buat tutup mata

boleh tapi perit sikit. kita pun sedih sebab orang yang kita sayangi dan sanjungi kan. Okey kalau kantoi kompom curang kena tutup mata jugak ke? Biarkan kantoi sendiri? Tapi kan nanti lagi pedih.

Seriously aku dalam dilema. Ini serius. Kalau boleh jawab secara serius juga. Please jangan tanya siapa. Please help.

Jun 17, 2011

Kapal Terbang Kertas #2

For first edition of Kapal Terbang Kertas, click here.



I was one of those who you called a late bloomers. Kalau ada sesiapa yang kenal aku masa sekolah dulu, mereka akan faham betapa kebudak-budakkan nya aku, betapa tidak matang nya fikiran aku dan betapa main-main nya aku zaman sekolah. No we are not talking about middle school, but we’re talking about high school here. Love comes second. Apa yang penting adalah aku, kawan-kawan, comic (of course!) dan barulah percintaan. Jadi bila Hafiz muncul, perasaan aku bukanlah seperti ada bunga api dalam hati atau bagaikan berada di kayangan. Tidak. Aku macam biasa,cuma aku rasakan Hafiz adalah istimewa. Aku hanya rasa gembira bila ada seseorang untuk berbual dan berbalas mesej, berkongsi pendapat dan cerita tentang family aku dan sebagainya. Kau faham kan ketika kita kecil, semua masalah yang remeh nampak gila hebat. Masalah family yang simple je, takde pun porak peranda tapi kita rasakan itulah pengakhiran dunia. When we looked back at our past, terasa bodohnya zaman dulu-dulu kan?

So anyway the important date arrived and I was excited to met him. Aku minta tolong kawan kawan aku which consist of Fatin, Adda, Zulaikha, Awyn,Athirah and others untuk teman aku jumpa Hafiz. Aku takut dan risau dan gelabah, you name it. Apa yang patut aku cakap bila kami berjumpa? Apa yang patut aku buat kalau dia tak hensem? (pardon me for being such a vain) Apa yang patut aku respond kalau things became awkward? Dammit Azyan keep yourself together!

The plan is to meet at McDonalds in front of the cinema. Hafiz akan berada di sana. Btw,family aku bukanlah jenis yang senang lepaskan aku keluar, even sampai sekarang pun. So this so-called-reunion is one-time-opportunity that I will not miss. Cakap dengan mak nak keluar jumpa kawan lama. Technically it was true so I wasn’t lying to my mom, but I’m going to meet someone else too! (^^,)

Hafiz oh Hafiz. After meeting with my friends, we headed to the cinema, nervously and currently at that time Fatin is having some sort of stomach ache. Tahu tak dekat depan wayang mid tu kan ada bulatan yang besar, dan depan nya ada Mcdonalds? Kami port dekat tiang bulat tu je, menunggu Hafiz. Poor Fatin.

"Hafiz, kau kat mana ni? Aku dah sampai Mcdonalds ni."

"Sama la. Kau pakai baju apa?"

*dup* *dap* *dup* *dap* "Aku..aku.. ala hari tu kau kata kau boleh je cari aku.."

"Okey. Tunggu aku tau."

Aku letak telefon. Mana satu Hafiz ni? Seriously boleh ke dia cari aku? Dia sembunyi kat wayang ke?

"Yan,mana satu Hafiz ni? Takde pun."

"Ntahla wey."

"Ke yang tu?" Adda tunjuk kat belakang aku.

Aku terus pandang belakang, dan aku nampak seorang lelaki berdiri belakang patung Ronald Mcdonalds sambil tersenyum. Hafiz ke ni?

"Hai Yan." Hafiz tersenyum. Aku tergamam,tak mampu nak cakap apa. First sebab akhirnya aku dapat jumpa dengan orang yang aku borak selama ni. Second sebab Hafiz agak comel. He was wearing a green shirt underneath a pattern jacket. He looked so cool, so... so... damn i lost my words there.

"Ha..hai Hafiz. Em kenal kan ini Adda, Athirah, Fatin, Zulaikha, Awyn."

"Hai girls. Boleh culik Yan sekejap tak?" okey now I'm blushing.

"Sila la. Tapi jaga Yan baik-baik okey. Kalau tak nanti siap." Adda reply.

"Janji. (^^)/"


Adda asked me to be careful, and to be honest I was scared too. but somehow I trust him. We decided to change our place and leave Mid. And so both of us went to Times Square, to kill some time and get to know each other more. Pada masa tu TS masih lagi baru dibuka, dan aku masih tidak berpeluang untuk masuk dalam Kosmos World.


"Hafiz, jom masuk Kosmos World."

"Ala nak masuk sana buat pe?"

"Jom la Hafiz aku tak pernah masuk sini lagi. Kan ada roller coaster semua. Syok tu."

"Buat apa naik roller coaster tu Yan? Eh kau tak takut ke masa kau naik tu, tengah elok-elok pusing tiba-tiba kau jatuh? Tinggi wey kau jangan main-main. Ni jatuh ni kompom kau jalan terus tak balik dah."

"Mende kau merepek ni Fiz? Jom la.. Please wahai Hafiz yang kacak lagi hebat. Jom la"

"...."

"Please Hafiz..."

"Ok..tapi dengan satu syarat....."

"Ape?"

"Kalau kau naik roller coaster tu, kau naik sorang-sorang."

"Eh mana boleh kau kena la teman aku"

"............." Muka Hafiz dah start merah.

"Kau............" Aku cuba cari ayat yang sesuai tapi tak keluar.

"Kau gayat ye Hafiz?"

Aku dah mula tergelak kecil. Hafiz nampak sangat tak selesa.

"Eh mana ada! Aku memang tak suka naik mende macam ni. Aku mana gayat."

Oh Hafiz you're so cute!

Sambil senyum aku cakap, " Okey, kita takyah naik roller coaster la. Tapi yang lain kau teman aku boleh?"

"Okey"

So our first joy-ride is DNA Mixer. Yes ladies and gentleman that is a bad choice for the first timer. Now I know how horrible it was. Aku tak faham celah mana yang seronoknya. I swear to god it is my first and the last ride of that thing, EVER.

Turun je dari DNA Mixer, kami dah tak stabil. Aku masih lagi boleh gelak-gelak tepi Hafiz, tapi Hafiz.. oh poor him. Hafiz nampak macam nak muntah sangat-sangat. He ran as fast as he could to the gents, and i could hear he's tearing his inside out.

"Hafiz are you okey?"

Aku hanya mampu jerit dari luar toilet. I felt like going inside but that's just me talking crazy. All I can do for him is wait. Keluar je Hafiz dari toilet, he said

"Promise me something Yan," with his pale face,

"Yes?"

"Jangan suruh aku naik mende macam tu lagi."

I burst out a big laugh. "Okey I promise."

And so we went for something less terrifying and my dream of riding roller-coaster shattered. But nevertheless, the silly things we did back then. It made me laugh whenever I remember about it. It was nothing much, really but everything is fun when you're with someone you like. Kami main kereta langgar, twice dan kami main kejar-kejar. It was really really fun.

Bila hari dah petang, I wanted to go home.

"Azyan, biar aku teman kau balik."


bersambung..

Jun 11, 2011

PECAH by Khairulnizam Bakeri



Selepas aku letak je buku ni kat tepi, satu kepuasan datang dalam badan aku. Akhirnya aku dapat baca satu novel Melayu yang sungguh lain dari biasa,lari dari cliche. Ini bukan kisah cinta Adam dan Maya, ini bukan kisah tentang anak muda yang turun ke bandar dan bertukar menjadi pemabuk dan jadi Si Tanggang. Bukan. Ini kisah tentang kehidupan seharian yang bertukar menjadi kompleks gara-gara kesilapan lampau, buatkan takdir ternganga dan terus diolah menjadi cerita.

Ah cubaan untuk menjadi lebih urban tidak menjadi. Maaf.

Mana aku pertama kali dengar tentang buku FIXI? Dari Obe's blog dan dari dalam Twitter. Tapi aku berniat untuk membaca buku ini muncul lepas baca review dari Nami's TTGB. Masing-masing mengolah tentang bagaimana betapa urbannya buku genre heist ni. Serious, aku langsung tak faham. Apa definisi pulp? apa maksud heist? Tak bukan aku bukan selalu sangat tengok movie Quentin Tarantino,itu aku mengaku.

So apa maksud semua ni?

'Pulp' dalam Urban Dictionary define as
"movie, book, or other type of publication with lurid (shocking/gruesome) subject matter, such as crime. Often shocking subjects portrayed as non-shocking."
Heist pula
"The pre-meditated, organized robbery of a bank, shop, warehouse or other location."
Jadi kau faham kan yang ini bukan novel cinta, tapi novel tentang rompakan bank. Okey sekarang baca pula sinopsis di belakang buku.

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH

Apa yang asalnya satu rompakan bank yang biasa kita nampak, tapi sikit demi sedikit buat Inspektor Paul, pelik. Bukti masing-masing tak link kat satu sama lain. Jap, ini rompakan. Apa kaitan dengan Bakar, pakcik tua yang bakal jalan tak lama lagi?

Okey wait rasa tak perlu aku spoil kan apa yang jadi dalam novel ni. Banyak flash back, banyak dialog yang bersahaja, and believe it or not ada Restoran Khulafa dalam ni. Mungkin sebab penulis nya tinggal di Shah Alam jadi semua latar belakang memang tempat di sana.

Aku sukakan puisi. Buku seperti Tenggelamnya Kapal Van der Wijck,dah lama berada dalam koleksi aku. Dan novel ni adalah seperti Hamka menulis dalam bahasa "Leverage". Normal, tapi percaya atau tak banyak bahasa melayu yang kau tak faham. Contoh. Tengok sinopsis dan bagitau aku apa itu "kerunyut"? Tapi taklah taraf sastera yang buat semua bosan. Mungkin ada yang tak suka sebab banyak flash back, banyak silang kata, tapi itu yang buat novel ini seronok.

Dan yang lawak nya, aku tak pernah perasan lelaki yang jadi cover ni pakai tudung. Seriously. Bila Athirah point out kat aku baru perasan. Siap ada nampak silhouette janggut lagi. Ahaha.


Aku jamin novel ini akan buat kau terkejut, dan pening. Tapi bila semua misteri, semua soalan dah terjawab, kau akan faham dengan sendiri. Baca lah, hanya rm20 di Kinokuniya dan MPH. Kau akan tahu apa perasaan bila habis nanti. It is unless, this isn't your cup of tea.

Jun 3, 2011

looking ahead

what kind of people we will grow up to be?
will we be easily trapped by craps
with malicious intent,
will we supporting our children to be a singer,
who do nothing but swirling her finger,
will we the one who will start a revolution,
or the one that demolish a nation,

what kind of people we will grow up to be?
we have to deal with murderers and kidnappers,
judgmental and traitor,
how will my children live and smile,
when fears strike every second of her life,

what kind of people we will grow up to be?
i hope someday I'll be able to see,
what the future holds for my family and me.

by azyan azilah, a dreamer.



i am always be amazed by the small things that happened,
un-significant events that leads me to my own world of imagination.