Apr 3, 2011

21

*Ah tajuk post memang saja nak tiru Azam dan Trah tapi tukar ikut kesesuaian*

and so i've turned 21 this year. Age is just a number really. I don't feel any different from yesterday, neither feel more awesome or anything. I wonder bout some things.

Kenapa masing masing perlu kaitkan umur dengan tahap kematangan? Jadi bila umur dah meningkat jadi kena jadi lebih matang la? Who said that? Not that i'm complaining though but age doesn't really implies anything. Kematangan lahir dari pengalaman, cara berfikir dan ilmu pengetahuan. Kalau kau kecik-kecik dah berfikir dengan lebih mendalam, menganalisa dan bertindak tanpa terburu-buru, apa masalahnya. Even kau dah tua pun tapi kau masih degil taknak ikut cakap orang or buat ikut pale sendiri pun kenapa nak salahkan umur? Like "kau ni dah besar pun perangai macam budak-budak". Jadi semua dewasa mesti matang la. macam tu?
*okey tiba-tiba teremosi*

Sudah sudah mari kita kembali dengan perwatakan ceria dan happy selalu. Maka untuk menghargai kelahiran saya ke dunia ini, kami bercadang untuk ke Bukit Tinggi, Bentong Pahang. Tak pernah lagi pergi tempat ni namun Safwa pernah. Perjalan pergi sana masya allah. seriously macam eh kita sesat ke hape ni lama gila travel sampai rasa dah cross 3 bukit dah ni. Sebenarnya ada je jalan short cut untuk ke Colmar Tropicale (the park's name) tapi jalan ditutup sebab tanah runtuh. Jadi terpaksa amek jalan jauh.

Sampai-sampai dah pukul 3 lebih. btw Colmar Tropicale consists of three main attraction : Japanese Tea House, Botanical Garden and French-theme Village. So kami niat kononnye nak pakai baju kimono/samurai bagai pastu tangkap gambar (hasutan dari Safwa) jadi excited la ke Japanese Tea House dengan cepatnya.



penjaga pintu gerbang


effect bukan dari kabus, bukan asap.
tapi dari cap jari terlekat kat camera. LOL

Untuk pakai kimono dan tangkap gambar, kamu kena bayar rm20 seorang/satu outfit. Sebab rasa macam erm,tak berbaloi, jadi kami batalkan niat tu. maklumla masing-masing sengkek der. Lainkali la. ohoho Sorry lupa nak tanya outfit samurai ada ke tak. ahaha





The thing about Japanese Tea House is, korang kena panjat bukit yang super curam. Mau termengah juga la kan. Jadi sesiapa yang rasa nak datang sini tolong lah korang akan rasa menyesal datang pakai heels (seperti saya T_T). Sila lengkapkan diri anda dengan kasut flat. Dan oh ye, Japanese Tea House bukak sampai pukul 6 petang je. Jadi sila datang sebelum itu ye~

Next destination in the Colmar Tropicale is The French-theme Village. Memang sangat style kot tempat ni. Terasa macam kat oversea. Tapi spoil sikit. Cuaca masih panas. Jangan expect macam kat Genting or Cameron la sebab biasa-biasa je. Suhu maybe turun 2,3 degree je, but overall, masih boleh pakai baju biasa. hehe


Secret building only for Royalties
(okay tipu. Hanya untuk customer hotel)




view from Clock Tower




ni angsa sebenar dan ye dia cuba untuk gigit Yus dan berjaya.
agaknya angsa ni geram kitorg asyik dok kacau dia. ahaha



So berakhirla pengembaraan ke Bukit Tinggi. Seronok. Tapi macam tak puas. sikit je tempat dia. dan perjalan ke sana sumpah ya allah macam nak menangis enjin kereta. Apa? Hadiah hari lahir? Laaa bukankah

hadiah yang paling berharga adalah si dia.

okey geli kan? muntah sekarang. ohohoho



okey but seriously this is what i got from him. sweet kan? Namun sesungguhnya bunga adalah salah satu barang klise yang wajib dibelikan untuk perempuan bagi menambat hati nya. Saya bukanlah girls yang tergila-gila kan nak bunga sentiasa, but perempuan lebih kepada effort. Usaha yang padu serta keazaman yang tinggi membuatkan kami lebih jatuh cinta kepada anda. Dan ye Yus telah berjaya buat saya terharu. Bukan sekadar bunga, tapi untuk segalanya.

Maaf la post super jiwang dan agak emosional. Jadi kawan-kawan apa lagi jom la kita berjimba ke Bukit Tinggi pula! (promote sikit)

10 comments:

azam baizen said...

ala bunga tu nt lama2 layu mesti ko pikir adiah yus tu dah tak sweet dah. hahaha. men2 je yan. mmg patut je ak rasa smua laki kasi bunga n coklat kat pompuan wlupon klise. nice n simple je bday gift yus utk ko. asalkan ko hepy je dgn yus tu yg plg penting. =)


p/s: ak gelak sorg2 dlm bilik kol 5 pagi ni ha baca ayat ko angsa tu gigit yus. hahaha

azyan azilah said...

tapi seyesly lepas aku tangkap gamba ni memang yus menjerit sebab angsa gigit die. kire timing cantik je aku tangkap gamba kan. ahaha

bunga ke coklat ke mana-mana pun takpe. kan aku cakap hadiah yang paling berharga adalah diri beliau. okey jengkel tak ayat aku? ahahhaa

Jijah Iman said...

ahah bila kau cakap pasal japanese tea house tu baru aku ingt bukit tinggi ada apa...ting!!!!!sbb junior aku penah ajak g sana...ohoh macam penatnya nak pergi sana lagi2 untuk orang yang bnyk spare part mcm aku ni.haha btw...bestnya dpt spend time g tmpt mcm tu..jeles ok.

:P

azyan azilah said...

kena pergi la tempat ni sebab best gak la. syok pergi tempat yang kita tak pernah pergi lagi. macam merantau tempat orang kan. so very the fun. ala aku pergi sana pun naik keta. cuma naik bukit sikit je. pakcik makcik banyak yang pergi tu. takkan kau takley kowt. ahaha

nanti kalau kau pergi kau la cerita plak.

fify said...

view kt ctu mmg cantik.. da lame kot plan tp xfree2 lagi..huhu

sha said...
This comment has been removed by the author.
sha said...

lau view mlm lg cntik...tp mmg tmpt 2 superb pun. =)

azyan azilah said...

fifie,tempat tu memang view lawa. recommended for those yang suka berjalan-jalan tempat orang. okey lepas ni sapa nak cadangkan tempat lain pulak?

scha,view malam lagi cantik ke? aiseh kami balik masa maghrib la tak sempat nk tgk view malam. xpe xpe nanti pergi lagi. ohoho

signi said...

ape2 pun, aku overnight mmg bosan gile. cm mati je tempat tu..tak bape happening la malam..

azyan azilah said...

aku macam dah boleh agak dah kalau malam memang bosan.. bukan ada apa pun.. so kena pergi one day trip je cukup.. ala aku pergi 2,3 jam je dah abes round samue kowt.. nak apa lagi.. ahaha