berdasarkan status kawan aku, aku memang hati tisu. aku tak tahu kenapa,tapi aku cepat je menangis kalau tengok cerita yang sedih. sebab tu aku tak suka tengok cerita melayu yang jenis syahdu dan sayu. cepat je air mata ni nak mengalir.
kalau setakat tengok cerita sedih,aku boleh faham lagi. ni kenapa bila aku baca novel, baca komik, aku boleh menangis + naik bulu roma?
for example, aku baca One Piece. masa Ace mati,aku menangis sepuas-puasnya. kesian Luffy!!! siap buat
tribute lagi. *aku still sedih bila baca chapter tu dan hati masih meraung bila mengenangkan Ace. T.T *
another example, masa aku form 5, aku ingat lagi. Aku duduk kat library sekolah. FYI, library sekolah aku masa tu tingkat atas sekali,yakni tingkat 4.
memang buat orang malas nak datang la kan. aku duduk kat hujung floor, tepi toilet, tempat yang aku rasa paling tenang, and then menangis sambil baca buku Harry Potter. Masa tu Sirius Black mati. mak aih! Sedih gile rasa. macam nak terjun sekali teman Sirius Black. Sebab tu Harry Potter volume 3 adalah volume yang paling aku suka.
anway,yang buat aku menangis teresak-esak ni cerita korea (as usual la kan!). Title : A Moment to Remember (2004)
cerita SUPER sedih + sweet. please la tengok.
Cerita ini pasal a couple, between a forgetful woman named Su Jin and a man named Chul Soo. Cerita ni berkisar Su Jin yang putus cinta dengan laki orang, then dia jumpa Chul Soo accidently. When they fall in love is,everything seems amazing. Then what? Kahwin la kan.
But wait! Lepas kahwin, perangai Su Jin makin menjadi. Asyik lupa je. sampaikan rumah hampir nak terbakar. Doctor sahkan yang Su Jin mengidap
Alzheimer's disease.
OMG. sangat sedih. macam mana Chul Soo bertahan dengan Su Jin yang makin lama makin lupakan dia. Sayu sangat tengok orang yang paling kamu cintai, lupa nama kamu. Lupa siapa kamu. Lupa kenangan indah bersama. Sayu sangat.
*lap air mata,hembus hingus jap*okey,dah okey dah.
*tarik nafas dalam-dalam*
sedih sangat tau. Menangis je keje aku. sampai terhasilnya status Latifah Ibrahim tu.
Ada tak cerita korea yang menarik dan patut ditengok untuk nangis-nangis yang kamu dah pernah tengok? Share it with me ya? \(^o^)/