Apr 28, 2013

Updates

Salam guys. Yes, I'm still alive. Last January I swore to myself  I want to make new post every month, to encourage writing in me. Promises promises. That seems to be happening a lot these days huh? Well. Few updates on what currently happening to me, as of today.

Study

Alhamdulillah, akhirnya berjaya habiskan segala suka duka di UiTM Shah Alam. Dari Jun 2009 till January 2013 (well technically it should be until December 2012 only but we'll talk about that later), aku akhirnya dah selesaikan semua requirements yang UiTM suruh. Syukur walaupun ada sangkut satu dua, tapi berkat doa makpak, sokongan dan pertolongan rakan-rakan (seriously terima kasih!) dan yang penting pensyarah-pensyarah yang awesome, akhirnya setel jugak. Haha rasa macam buat Acknowledgement dalam FYP pulak. XD Sometimes aku rasa susahnyaaaaa nak selesaikan semua ni. Stressnya Ya Allah, sampai menangis dalam SACC. Urgh seriously aku menangis dalam SACC Shah Alam. Malu gila tapi time tu super stress. Dengan orang ramai lalu lalang, semua pandang. Nasib baik ada member yang lalu tepi (kebetulan gila) dan diorg pun terus "Eh yan kenapa kenapa?". Haha Thanks for your concern guys. :D Ada lecturer yang gatal (you guys know who I meant) dan ada lecturer yang kami respect sampai sekarang dan still in contact. Banyak kerenah, tak kira kawan atau lawan, pensyarah atau jiran, banyak yang aku belajar dari 4 tahun lebih (almost 5 years) di Shah Alam. Ada one time, aku super broke sampai stuck kat CM tak boleh nak balik. Luckily aku ni licik (nak kata bijak tak la tapi street smart boleh kot). Alhamdulillah bernyawa sampai sekarang. 

All in all, aku rasa bertuah sebab dapat belajar kat UiTM. Tak kisahlah orang kata aku ni tak berkembang ke, makan duit rakyat ke, budak uitm ramai rosak ke, yang penting aku memang bangga jadi graduan UiTM. UiTM banyak mengajar aku erti kehidupan. Banyak konflik, banyak dugaan, tapi aku survive. What doesn't kill you makes you stronger right?

Work and shit

What's the deal with me and work? Okey, nak cerita semua memang la post ni akan jadi panjang. Super panjang sebab aku (so far) buat 3 kerja dalam masa 4 bulan (4 termasuk yang aku bakal pergi). Macam mana aku nak start? Okey aku rasa yang lepas tu biarkan lepas. Internship aku menarik. sangat menarik tapi ada komplikasi yang aku rasa tak perlu didedahkan disini. TAPI, hasil dari internship itu, aku dapat jumpa dengan one of the coolest boss ever, KAK YANTI! She's so cool and sweet and smart and capable of everything. She's Indonesian by the way. Dah nak kahwin dah pun. Argh kak yanti I miss you! XD

Me, Kak Yanti and Faz (one of the interns)

Well. I finish my internship in 31 Jan 2013, Thursday. I know it's Thursday and there's one more day to go before the week finish but I couldn't wait anymore so we (the interns) both quit. So that's that. And then my nightmares begin.

The night of Living Vampire

I was officially unemployed for 2 months. Walaupun ada sesetengah orang akan berkata, "Eleh baru 2 bulan menganggur" tapi kau dan aku lain. Kau nak menganggur 5,6 bulan pun kalau kau happy itu kau punya pasal. Aku tak campur dan aku tak nak komen. Tapi aku tak boleh duduk rumah saje-saje. Duit tak masuk so nak keluar susah, terperap dalam rumah, langsung tak nampak sinar matahari. Nak ajak kawan keluar semua tak boleh. Either busy belajar or busy kerja or jauh. Aku jadi depressed gila. Sebab tu aku rasa berat aku naik mendadak. Serious. 10 out of 10 cakap aku makin gemuk. HAHAHA WHATEVER (Jenis taknak terima hakikat). haha Resume aku tu memang merata dah aku hantar. Bukan takat apply kat IT HR, segala jenis Assistant (sebab assistant ni targeted to fresh grad selalunya). Siap apply librarian oo! Memang impian aku pun nak jadi librarian. Saje test nasib. Aku pasrah je masa hantar resume. Biarlah gaji rendah pun. Aku redha. Sebab aku sedar, aku sebagai fresh grad, I got nothing to offer. Letakla list panjang-panjang pun tentang kehebatan aku, apa yang diorang pandang ialah pengalaman. So be it.

Aku pergi interview tak banyak. Cuma ada satu jawatan tu yang aku kesal sangat tak dapat. Takla hebat mana pun jawatan tu, cuma aku rasa berminat. Sebab company event organizer. Menarik kan? Meh aku tambah lagi. Event Organizer for WEDDING PREPARATION. Haaaaaaaaa. Lagi seribu kali seronok kan? Tapi tu la. Takde rezeki untuk aku. Mungkin sebab aku ni noob dalam interview, banyak kesilapan yang aku buat. Depressed aku tak lama. Dalam 2 minggu. Tapi depressed tahap memerap dalam bilik, sampai nak tengok matahari pun susah. Tapi alhamdulillah, ada kawan yang memberi semangat, tolong aku analisa kesilapan aku, tolong aku cari kerja. At this point I was so desperate aku rasa kerja yang gaji tak sampai seribu pun takpela. Janji kerja halal. 

The Alternative

So, melihatkan keadaan aku yang tak serupa orang, my dearest daddy tolong. He got a friend yang boleh tolong aku untuk bangkit semula. And so, aku pun boleh la bangun sikit-sikit. Ada jugak la strong reason untuk aku bangun awal dan melihat matahari. Aku pergi exam dan lepas. Dan alhamdulillah aku boleh la nampak hala tuju aku sikit-sikit. What that is? Well yes ladies and gentleman, the thing I'm talking about is INSURANCE. 

*gasp*

Okey tak la dramatic macam tu pun kan sebenarnya. Ada je yang dah tahu pasal ni sebab aku datang promote kat hangpa kan. Mungkin ada yang lepas baca ni "Isyh tak nak la jumpa Yan pasni dia nak promote insurance la tu". Takpela. Reject me at first. You'll need me later. Sebab, aku bukan ajak join MLM. Aku tak ajak masuk business yang tak nampak untung. This is about protection. Setiap manusia perlukan protection. Even nak beli kereta pun perlukan insurans. Tapi kenapa diri sendiri tak di-insurans kan? Pelik tak? Haaaaa.. So, sila la pm aku tanya pasal insurans. Free consultation. Sebab orang tak faham insurans ni apa. Sebab tu ramai yang tak nak amek. Tapi tanya je la. Aku boleh je jawab. Insya allah. 

Black Knight

Dalam masa aku masih bertatih dalam insurans ni, kebetulan ada offer untuk bekerja di syarikat B. Alhamdulillah. Aku mulanya berbelah bagi untuk bekerja ni, sebab aku nampak masa depan aku di Prudential, tapi takpela. Aku perlukan pengalaman. So aku terima. Basically company ni menarik. It's a landscape management company.  Pandangan aku terhadap company ni? Like every other company, memang politik dia ada la. Plus it's a growing company so yeah. Nak berkembang ni banyak rintangan dia. And once again I've been blessed with wonderful wonderful boss. Technically she's not the boss, cuma senior aku tapi aku belajar/kerja bersama dia. Kak Sarimah is wonderful. Dia very capable dan nampak muda sangat. At first aku ingatkan dia baru 25 single tapi ha amek kau dah kawen ada anak 3, umur 30+ kau! Nampak macam anak dara sangat. Macam budak fresh grad. Serious kalau korang tengok pun sama.

Cuma, tu lah. Rezeki tuhan. Hari ke-3 aku bekerja kat company B, dapat satu phone call cakap diorang nak suruh aku datang interview. Rezeki hari lahir agaknya. Memang masa birthday aku pun. Suruh aku datang interview Jumaat. Dan sekarang, aku bakal check-in pada 29 April 2013 di company baru aku, InsyaAllah. Doakan aku berjaya!! XD XD

Convocation

What do we talk about when we talk about convocation? Biasanya masa tu akan jadi satu reunion yang besar-besaran, dengan masing-masing tanya updates masing-masing, banyak borak dan gossip. Yang penting, dapat naik pentas. Aku rasa, this is the only time yang aku akan ada convo. So far, aku tak de rasa nak sambung master walaupun mak aku beribu kali hint yang dia nak aku sambung master. Tapi aku ni jenis anak yang degil lagi keras kepala. Jadi aku kata tidak. So lama-lama mak aku give up. Haha. Masa high school takde naik pentas (sebab SPM biasa-biasa je). Matrix memang tak de konvo or graduate day. Aku tak tau matrikulasi lain tapi Matrik Kedah (yeah KMK Rox!) memang tak ada konvo. Aku jadi super excited untuk konvo aku nanti. Aku nak baju baru, kasut baru, padahal semua tu nanti kena kover dengan jubah, tapi aku nak jugak. Beria gila. Padahal income ada la ciput je. Aku nak jugak. Nak jugak! (syndrome anak bongsu). Moga dapatla aku tunaikan impian kecil aku ni. Amin.

Future

Since everyone keeps asking about that Mr Right, saya cuma tersenyum dan berkata, "Doakan kami langsung cepat-cepat ye" dan hanya mampu tergelak.


Sekian sahaja updates dari saya. Doakan saya survive dalam kerjaya dan masa hadapan. :D


4 comments:

Sirr said...

amin =)

specsy said...

Yeahhhh Yannn! I feeeellll you babeeeeee! Wuuuu

Tahu sangat perasaan jobless tu cemana. ;((

btw yeah. KMK RoX!!

azyan azilah said...

thanks mayam.

thanks pika. ye aku tau kau pika. sebab aku buat research yang intensive. jadi akhirnya aku tau kau adalah pika! susah nau nak cari nama kau. ahahha

Fadhila Ismail said...

followed here .. hey, birthday kita sama .. follow mine too ^_^