"Anis?"
"Ya, Harun?"
"Maafkan aku."
***
aku baru usai (atau selesai) menghabiskan buku ini. It was so good, that i urge myself to write about it instantly. i must truly say that i do feel satisfied with this book. funny, simple, sempoi, imaginative. tapi, bila sampai waktu dan masa untuk serious, kamu akan rasa kesungguhan penulis yang cuba menyampaikan hati dan perasaan nya. ada waktu yang aku betul-betul gelak, sampai menangis, dan buka mukusurat yang seterusnya, aku terdiam, menghayati watak dan suasana dan cerpen tersebut.
cerita dalam buku ini simple, but deep enough for the readers to understand the feelings involved dan pembaca mampu membayangkan sendiri bagaimana perjalanan cerita dan suasana ketika satu-satu peristiwa itu berlaku. seperti contoh dalam cerpen Istana Kres, aku dapat bayangkan bagaimana pulau itu,perjalanan menaiki bot dan dari gambaran yang begitu sedikit itu kita boleh dapat tahu apa sebenarnya yang terjadi.
how do i say this? The writer are good with his word. he sketch the rough edges and we ourselves will be able to draw every fine details that associates with the story. Seolah-olah aku diajar untuk meneroka alam fantasi aku sendiri. hah!
i love how Sanolo act in this book. dia seperti harapan palsu yang diberikan pada manusia dan saya suka pertembungan antara Sanolo dan Harun. dan cerita bagaimana Saka dan Rais. dalam 'Keganasan Pendekar Gajah', kita dapat lihat perkembangan watak Pendekar yang mulanya dianggap sebagai tidak berdosa, dan akhirnya menjadi syaitan itu sendiri. dan pada masa yang sama,'Kebetulan' adalah sangat kelakar. Begitu juga dengan 'Gerai Pak Ali'. ah yang penting tidak ada satu cerita pun yang aku tak suka dalam buku ini!
a very recommended book!
****
honestly i must say that i never really prefer a Malay book. Aku terlalu dihadapkan dengan kisah-kisah Alaf 21, kisah cinta yang begitu mengada-ngada macam cekerarama tv3, dan pulak tiba-tiba ada halangan orang ketiga. Aku tak pernah mempunyai buku novel melayu sebelum ini. kenapa harus aku beli sedangkan cousin aku sndiri mempunyai longgokan yang super banyak kat rumah dia. itu pun tak berabis untuk aku teroka.
Most of my collections were in English, that is until I discovered 'Pecah'. (Ni dah masuk ke berapa kali saya promote Pecah. Korang tak beli jugak tak tahu la). Start dari situ, baru la terbukak hati nak beli Fixi. dan Sepucuk Pistol di Dalam Laci (panjang gila nama dia) adalah buku terbitan Sang Freud Press yang pertama aku beli. IT WAS WORTH IT. :)
Kenapa aku boleh tergerak hati nak beli buku ni? Sebab aku dah lama gila baca blog penulis dia, Hadi M Nor di sini. Walaupun update jarang-jarang, (kalau awak baca ni Hadi, ni saya nak bagitau awak hapdate JARANG-JARANG BETUL sekarang ye), tapi setiap cerpen dia kelakar. dan seronok. Imaginasi dia.........tinggi. Itu aku kagum. haha
Kenapa seronok? sebab dialog bersahaja dan sempoi. honestly. kalau aku tengok drama, even baca novel, ayat terasa.....skema gila. macam tak betul. Macam palsu. tapi dalam buku ni, ayat semua...normal. Macam kau dengar orang bercerita pada kau. Ah! dah sepuluh kali kata seronok! KALAU KORANG TAK BELI JUGAK SIAP LA! <<<--- dasar suka memaksa
Saya doakan rakan-rakan yang eager gila nak beli Sepucuk Pistol ni lepas baca blogpost saya dapat beli buku ini. Sebab...sebab buku ni terhad! Terhad gila. Geram rasanya. Mana jual kat kedai buku mainstream. buku ni hipster okey! Hanya terdapat di tempat-tempat yang tertentu seperti facebook Sepucuk Pistol dan juga tempat yang jual buku-buku Lejen dan Sang Freud Press. Saya pun beli masa Pesta Buku Selangor 2012. Oh ya pesta buku still berlangsung kat SACC (yg dewan okey bukan sacc mall) sampai 9 Julai 2012 ni. Good luck!
saja nak berlagak letak hasil belian kat Pesta Buku Selangor. :DD