Apr 30, 2011

Free Seating, Upper Tier

Gila. Ini kerja gila. Masa exam masih mampu berjimba-jimba dengan penuh semangat nya??!!

Exam yang super stressed dah berlalu. Okey tipu, baru lepas 2 paper. Mesti semua budjet dah abes exam kan? tidakkkk.. anda salah.. Berjimba masih berjalan walaupun exam bakal menimpa. Tiket dah beli, dengan berhutang nya sebab duit short, matilah kau patah tulang 8 kerat nak membayar nye.

Jadi plan on dengan partner-in-crime Azam dan Ells, dengan Ells nak exam pagi esok, memang terbaiklah kan! Oh ye, days before kami plan untuk gerak ke stadium, Azam telah buat saya jealoous dengan keborongan buku beliau. Dammit. Sebagai bookworm/nerd yang sejati kena jugak lawat BookFair 2011 kat PWTC. I mean, come on, sapa yang taknak datang lepas tengok harga murah gila macam tu??!!



believe it or not.

Semua novel stok rm5, rm8 or rm10. Buku baru plak tu. Thanks. Oh tapi buku-buku ni semua dekat The Mall, bukan dalam PWTC. Maaf. Sesak sangat PWTC, terlalu ramai kanak-kanak sekolah. MUAHAHAHAHAHA! Korang sekolah beli buku sekolah banyak-banyak okey. Akak dah lepas dah djaman itu. Jadi pergi beli dekat The Mall je. Jalan-jalan je dalam BookFair.

Next? Konsert la der!!


free seating, upper tier








Untuk masuk ke dalam stadium, terpaksa beratur panjang gila dan untuk tidak membazirkan masa kami cam-whore sebentar dan membeli kipas M5 sebagai souvenir.


Adam Levine is sooooo cute!

During the concert, eventhough duduk kat kerusi penonton dan terasa super jauh dari Adam, kami masih bersemangat untuk menjerit dan menari bersama. Lighting, sound and nyanyian diorang sungguh awesome. Seriously seronok. Maybe lagu-lagu M5 bukanlah rancak sangat untuk di-headbanging kan, tapi M5 tukar susunan lagu dan buat lagu-lagu kat concert lebih rancak. Seronok okey. Nampak sangat professional dan experienced. Jealousnye kat diorang yang dapat duduk depan pentas dan sekaligus bertentang mata dengan Adam. (>.<)

Sepanjang concert, 80% kami berdiri dan menjerit macam fangirl yang fanatik. "Adam I LOVE YOU!!!" "ADAM TAKE OFF YOUR CLOTHES!!" dan sebagainya. Maaf hormon gatal naik sebentar.




the after concert.


Adam's tweet about the concert



Setelah membeli belah, inilah hasilnya. seriously tak sabar nak baca buku-buku ni and I wanna be a bookworm once again! Impian untuk menghasilkan satu mini library di rumah masih belum terpadam ok. So i've created another account (again!) at GoodRead.com to inspire myself to read more. Aku target untuk habiskan 30 buku untill 2011. almost impossible, i know but still i wanna work hard towards it.

belum start lagi since I'm a middle of exam week

Dalam acount ni diorang akan keep track what books you've read, which book you're currently reading and how many books in the list of to-read. Made the counts easier! So far buku yang aku dah baca baru a few, dan tak lama lagi nak baca buku-buku kat atas, plus buku yang bakal dibeli... aaahhh tak sabarnya. hoho

So kalau korang nak jadi bookworms and nerd just like me and Azam, come and made one! tapi kena make sure baca buku la tau! Jangan tipu! LOL.



Ok dah. Balik kepada exam mode. (T_T) dan kalau interested untuk baca report dari Azam, here is the link !

Apr 6, 2011

janggal

okey. di sini situasi nya.

kau. aku. kita berjumpa. kenal first time dalam tempat yang ada access internet.

borak kenal-kenal. masa tu pulak aku tengah bukak facebook kan.

dan kau tiba-tiba "eh buka la info (page info aku), buka la info"

kau agak-agak aku rasa janggal tak? kita baru kenal dalam 3 minit kot.
agak-agak la.


okey, kalau kau bukak facebook kau search nama aku ke, bukak blog aku ke, takkan aku nak halang eventho kau duduk betul-betul sebelah aku pun kan. dah nama public.

tapi tolong la tolongggggglllllaaa jangan tiba-tiba cakap,
"weyh ni blog kau kan. kau budak gombak kan? oo budak sungai pusu...... " sambil bukak blog aku depan mata kau.


kau rasa aku nak respond apa?





.
.
.



aku segan la do.

Apr 3, 2011

21

*Ah tajuk post memang saja nak tiru Azam dan Trah tapi tukar ikut kesesuaian*

and so i've turned 21 this year. Age is just a number really. I don't feel any different from yesterday, neither feel more awesome or anything. I wonder bout some things.

Kenapa masing masing perlu kaitkan umur dengan tahap kematangan? Jadi bila umur dah meningkat jadi kena jadi lebih matang la? Who said that? Not that i'm complaining though but age doesn't really implies anything. Kematangan lahir dari pengalaman, cara berfikir dan ilmu pengetahuan. Kalau kau kecik-kecik dah berfikir dengan lebih mendalam, menganalisa dan bertindak tanpa terburu-buru, apa masalahnya. Even kau dah tua pun tapi kau masih degil taknak ikut cakap orang or buat ikut pale sendiri pun kenapa nak salahkan umur? Like "kau ni dah besar pun perangai macam budak-budak". Jadi semua dewasa mesti matang la. macam tu?
*okey tiba-tiba teremosi*

Sudah sudah mari kita kembali dengan perwatakan ceria dan happy selalu. Maka untuk menghargai kelahiran saya ke dunia ini, kami bercadang untuk ke Bukit Tinggi, Bentong Pahang. Tak pernah lagi pergi tempat ni namun Safwa pernah. Perjalan pergi sana masya allah. seriously macam eh kita sesat ke hape ni lama gila travel sampai rasa dah cross 3 bukit dah ni. Sebenarnya ada je jalan short cut untuk ke Colmar Tropicale (the park's name) tapi jalan ditutup sebab tanah runtuh. Jadi terpaksa amek jalan jauh.

Sampai-sampai dah pukul 3 lebih. btw Colmar Tropicale consists of three main attraction : Japanese Tea House, Botanical Garden and French-theme Village. So kami niat kononnye nak pakai baju kimono/samurai bagai pastu tangkap gambar (hasutan dari Safwa) jadi excited la ke Japanese Tea House dengan cepatnya.



penjaga pintu gerbang


effect bukan dari kabus, bukan asap.
tapi dari cap jari terlekat kat camera. LOL

Untuk pakai kimono dan tangkap gambar, kamu kena bayar rm20 seorang/satu outfit. Sebab rasa macam erm,tak berbaloi, jadi kami batalkan niat tu. maklumla masing-masing sengkek der. Lainkali la. ohoho Sorry lupa nak tanya outfit samurai ada ke tak. ahaha





The thing about Japanese Tea House is, korang kena panjat bukit yang super curam. Mau termengah juga la kan. Jadi sesiapa yang rasa nak datang sini tolong lah korang akan rasa menyesal datang pakai heels (seperti saya T_T). Sila lengkapkan diri anda dengan kasut flat. Dan oh ye, Japanese Tea House bukak sampai pukul 6 petang je. Jadi sila datang sebelum itu ye~

Next destination in the Colmar Tropicale is The French-theme Village. Memang sangat style kot tempat ni. Terasa macam kat oversea. Tapi spoil sikit. Cuaca masih panas. Jangan expect macam kat Genting or Cameron la sebab biasa-biasa je. Suhu maybe turun 2,3 degree je, but overall, masih boleh pakai baju biasa. hehe


Secret building only for Royalties
(okay tipu. Hanya untuk customer hotel)




view from Clock Tower




ni angsa sebenar dan ye dia cuba untuk gigit Yus dan berjaya.
agaknya angsa ni geram kitorg asyik dok kacau dia. ahaha



So berakhirla pengembaraan ke Bukit Tinggi. Seronok. Tapi macam tak puas. sikit je tempat dia. dan perjalan ke sana sumpah ya allah macam nak menangis enjin kereta. Apa? Hadiah hari lahir? Laaa bukankah

hadiah yang paling berharga adalah si dia.

okey geli kan? muntah sekarang. ohohoho



okey but seriously this is what i got from him. sweet kan? Namun sesungguhnya bunga adalah salah satu barang klise yang wajib dibelikan untuk perempuan bagi menambat hati nya. Saya bukanlah girls yang tergila-gila kan nak bunga sentiasa, but perempuan lebih kepada effort. Usaha yang padu serta keazaman yang tinggi membuatkan kami lebih jatuh cinta kepada anda. Dan ye Yus telah berjaya buat saya terharu. Bukan sekadar bunga, tapi untuk segalanya.

Maaf la post super jiwang dan agak emosional. Jadi kawan-kawan apa lagi jom la kita berjimba ke Bukit Tinggi pula! (promote sikit)