May 25, 2010

define beauty

cantik?
apa maksud cantik bagi kau? kurus dan sempurna?


aku juga tersentap bila baca luahan hati anoneemus dan fynn jamal tentang kisah mereka sewaktu kecil. tapi mungkin setiap orang lain kes nya,dan bagi aku,aku tidaklah seteruk seperti yang mereka alami. but hey,it did helps me in a certain way.


aku ada seorang kakak. kakak kandung.

yang aku akui,sangat cantik,kurus dan petite.



biasala,watak baik maka biasanya akan disisipkan dengan perlakuan yang baik seperti rajin, bertanggungjawab , mendengar kata dan lain lain. dia bukanlah genius gila tapi alhamdulillah, jalan pembelajaran dia dipermudahkan tuhan.



jadi,akak aku selalu dijadikan contoh dan menjadi poojaan keluarga aku.




sedangkan aku bukan lah pandai,bukanlah rajin,bukanlah mendengar kata.
apatah lagi aku bukanlah kurus.
dari kecik aku dibandingkan. bukan setakat dengan keluarga sendiri,dibandingkan dengan sepupu yang lahir satu tahun. biasalah kalo dah family kau ada yang sepupu lahir dalam tahun yang sama,mula dibandingkan.



"anak sipolan berapa A spm?"
"eleh,xde la hebat mana pun. berlagak je lebih."


ataupun,


"tengok anak ehemehem tu. hebat je. asal tak hebat sangat markah ni?"
"buat malu ni. kalo *insert-nama-orang-dulu2* masuk universiti,dah jadi menteri agaknya"



kalo yang tu tahan la lagi kan.
kalo di kutuk yang ini?



"asal kau ni gemuk sangat adek oi!"
"bontot besar ni"
"pungkuk lebaq"
"tak lama lagi ada potensi masuk the biggest loser"



dibandingkan pulak dengan orang yang memang kurus/rangka kecik. (read :akak aku.)
sampaikan nama timangan aku kat kampung --> "kembang".



aaaiiiihhh~~~
panas betul sungguh aku terasa.



lama lama aku percaya yang diri aku ni sememang nya gemuk.
lemak merata-rata.
tak cantik sebab gemuk.
ada potensi jadi obes.



bila dah macam ni, self-esteem pun rendah kan?
mula la rasa tak best jadi diri sendiri,memang takdir diri ni gemuk.



tapi keluarga aku hanya mediocre la kutukannya.
ia tak la sampai membuatkan aku rasa nak bunuh diri ke mende.
alah bisa tegal biasa kan?



bila aku dewasa,aku comparekan diri aku dengan orang lain.
hey,aku taklah gemuk mana.
aku taklah sehodoh mana.
aku taklah tidak bernasib baik mana.



jadi ia buatkan aku rasa yakin.
sayangkan diri.



mungkin bagi orang lain,peristiwa tu membuatkan mereka rasa tak layak bergaul dengan orag lain,tapi bagi aku,
aku amek ia dari segi positive.



perlian orang aku anggap biasa,xde masalah,
sebab kutukan pedas dari family sendiri dah jadi macam makanan ruji.
telinga dah jadi imun.
ia juga menyebabkan gurauan aku mungkin agak kasar bagi sesetengah orang. maaf.


kesimpulannya,

aku tidaklah menggalakkan orang mengajar anak dia dengan membandingkan dan merendah kan diri anak-anak mereka.
cuma generasi sekarang terlampau asyik dengan kecantikan,
terlampau taksub dengan keindahan,
sedangkan kecantikan dalam diri langsung tak hirau.
come on.




jangan jadi hipokrit.
aku rasa semua usha awek/pakwe based on kehenseman/kecantikan.
kan?
ok,jangan jawab. ini soalan retorik.

3 comments:

Ifah Ibrahim said...

gemuk????? manada gemuk..dadih je haha

idea semulajadi said...

mmg budak2 zmn skang obses dgn kecantikan. ko bley bygkan x adik aku 9thun, sbuk diet? pdahal bdn nmpk rgka kot~~

aku pun g2 gak yan, adik2 aku sume jnis kurus & tinggi,
aku nie je sesat rendah & gemuk.
tp btol la, lama2 da biasa dipanggil "besaq, chubby"..
mula2 tu rendah diri r gak, tp lama2 keyakinan aku mkin naik bler sumorg kata aku nmpk lg muda dr adik2 aku, n rmai slalu ingt aku adik dorg pun!! jd bukan ke itu 1 perkara yg sgt bez!! :)

tp aku kisah ape, pakwe aku x kisah pun aku gmuk.. hahahahah!!
n im sure ur hubby too like u d way u r~~

pndgn aku, ko CUTE la yan!!!!

azyan azilah said...

dadih? hampeh nye tip. hahaha


omg,ilham,adek kau 9tahun dah nak berdiet? memang peer pressure btol. tak sangka jadi cam2. kau kena bimbing adek kau,biar die sayang diri sendiri. jangan jadi mangsa dalam masyarakat. dan bimbing dia untuk look at the bright side. lama lama nanti die ok la tu. semoga berjaya!