Qila lihat sekeliling. Meriah. Penuh dengan orang.
Masing-masing enak menjamu selera.
Memang Kafe Bites menjadi tumpuan. Bila tengahari tiba,
manusia penuh mengerumuni. Pelbagai pilihan, enak pula.
Qila tersenyum. Dulu bukan begini. Pengorbanan ke Prof
Stephen berhasil. 2 bungkusan yang prof bagi berkesan. Arahannya sangat jelas. Setiap
masakan, titiskan 2 titik ubat pertama. Sel otak pelanggan akan jadi sangat
aktif, merangsang deria rasa ke tahap maksima. Buat semua naik gila, teringat-ingat
masakan Qila. Namun side-effect bahaya. Perlu antidote segera.
Penyelesaian Qila senang sahaja.
“Bukan semua yang aku suka. Yang menghina, tak diberi
gula-gula penawar. Biar sakit jiwa”.
Qila memang pendendam orangnya.