aku rasa buku ini permulaan nya agak bosan. dengan gaya bahasa
Indonesia, yang pada mulanya aku ingat sudah di translate menjadi BM
sepenuhnya. tapi memang aku silap. masih ada lenggang lenggok bahasa
Indonesia dalam buku ni. bukan masih ada, memang menggunakan gaya dan
cara percakapan dari sana. dan buku ini adalah buku Fixi yang pertama
ada senarai definisi bahasa di bahagian depan (which i think should be
at the back, but putting it in front reminds the reader about the
existence of it, which is good).
bila sangkaan pertama aku silap,
dan gaya bahasa lain dari yang lain, aku terasa buku ini amatlah susah
untuk dihabiskan. Seperti permulaan aku membaca buku Tenggelamnya Kapal
Van Der Wijck, gaya bahasa Dosa seperti melayu lama dan aku seringkali
tersengguk-sengguk untuk menghabiskan chapter 1,2 dan 3. Tapi bagi aku
semua itu perlu. perlu untuk memahami siapa itu Ricky. dari mana dia
datang dan macam mana Ricky mendapat semangat dan maksud sebenar tingkah
laku dia.
then came Paris. i like him. dia seperti seekor anak
kucing yang tersesat, mencari sesuatu untuk berpaut. dengan Paris, aku
rasa dia antara watak yang menarik dalam cerita ini. bukan untuk
memenuhi nafsu, cuma mencari tempat bergantung. seperti anak kucing, dia
nampak moden dan manja, tetapi dia naif. seperti anak kucing yang
tersesat.
Yusuf adalah anak manja, yang hanya mahu kehendaknya
dipenuhi. jiwa kering, melakukan apa saja asalkan kemahuan tercapai.
memang sifat anak manja, seperti setiap adik di dunia ini, agak
mementingkan diri tapi masih boleh diterima dan dikasihi.
Oskar.
lelaki macho dan perkasa. melindungi dan memerhati. seperti seorang
abang yang sebenar, ego nya tinggi tapi masih ambil kisah. Oskar watak
yang memberi gambaran dia lah seorang lelaki yang sejati, hanya melihat
dan mengawasi dari jauh. seperti malaikat, melindungi.
cerita
bagaimana 4 watak menjalani hidup, bagaimana 4 kisah menjadi satu. ini
bukan cerita cinta, bukan tentang nafsu, tapi tentang kehidupan,
persahabatan. a very nice book.
susah pada mulanya, tapi lama-lama kamu
akan biasa, dan dapat mengikut rentak alunnya, dan hargai bagaiman penghabisannya.