Apr 25, 2012

Dosa


who would've guess that I've won? I didn't. 

bila Fixi announce yang diorang akan buat contest untuk peraduan buku Dosa karya Nuril Basri, aku rasa macam nak join. Macam setiap novel yang Fixi publish sebelum ni, aku sentiasa rasa nak mencuba untuk menulis. Tapi ilham tak pernah datang. It was my first time sending anything to Fixi, plus ramai gila orang yang hantar cerpen untuk bertanding. 32 orang kot! haha you can read it if you want.

********************************

#1
Penulis: Azyan Azilah

Aku tahu. Aku tahu ini bukan norma biasa. Aku faham yang masyarakat tak pernah mengerti apa yang aku lakukan. Aku tak memaksa sesiapa untuk terlibat dalam kancah ini. Mereka tidak faham. Ini bukan tentang nafsu semata. Ini tentang kepercayaan. Tanpa kepercayaan yang kuat,perkara sebegini takkan dapat dilakukan. Tanpa rasa percaya pada partner mereka, segala tindak tanduk dianggap meluah rasa benci di dada.
 
Mereka tidak faham. Mereka tak akan faham. Mereka bertanya, apa yang aku dapat?

Ianya seperti ectasy bila aku mendengar erangan kesakitan yang dia jeritkan. Seperti seolah-olah aku disambar halilintar. Mengasyikkan. Membuatkan aku high. Pabila dia menjerit,membuatkan aku ingin memukulnya lagi. Biarkan bontot itu merah dengan pukulan tapak tangan ku. Biarkan dia berbekas. Aku mahu ia berbekas. Merah seperti saga pabila segala darah berkumpul di kawasan itu. Merah seperti mukanya yang menahan malu.

Aku mahu dia rasa malu. Aku mahu dia rasa seperti dirinya tidak berguna. Seperti sekeping daging yang busuk. Cabut semua ilmu,tarik segala pangkat dan harta,apa yang kau tinggal? Hanya seketul daging bernyawa. Daging yang tidak berguna. Kau kata yang dirimu sempurna,sedangkan hatimu penuh dengan kebencian. Kau senyum sedangkan kau merasa jelik dengan perangai manusia. Kononnya kau memandang sesuatu dengan positif. Huh! Itu semua tipu! Aku tahu kau benci dengan segalanya. Orang memandang kau tinggi padahal kau sebenarnya hina! Kau sepatutnya malu dengan dirimu! Manusia yang berpura-pura,memakai topeng malaikat sedangkan kau syaitan.

Menangis!

Menangis lagi kerana kau seharusnya benci diri kau. Aku mahu kau menjerit dalam kesakitanmu itu, menangis dalam teriakan mu,supaya kau sedar yang tanpa semua itu kau manusia hina. 

Jeritlah! Jerit sekuat hatimu!

Biar satu dunia tahu betapa hina nya diri mu. Betapa kau rasa jijik dengan tubuhmu.
Menangis lagi. Menangis sepuas hatimu.

Dan ketahuilah, disebalik hinaan mu itu, aku tetap menyayangimu.


Aku tahu. Aku tahu ini bukan norma biasa. Aku tahu aku berdosa. Ini bukan tentang nafsu semata. Ini tentang satu ikatan, tentang rasa kasih dan cinta kita berdua.




*****************************************************

 and here's the judge (Nami, owner of Teh Tarik Gelas Besar and author of novel Bayang, co-author Kitab Terfaktab dan penulis the ever famous novel Awek Chuck Taylor)

 Saya memilih pemenang tempat pertama kerana saya terkesan dengan nilai-nilai existentialism yang ada dalam karangan tersebut. Tanpa ilmu, pangkat dan harta, manusia hanya seperti seketul daging busuk. Ia tidak memiliki apa-apa makna - bila manusia tidak meletakkan makna. Tapi apakah makna ilmu, pangkat dan harta tersebut? Itu saya fikirkan bila membaca karangan ini. Bagi saya, karangan ini berceritakan tentang seks yang mungkin menceritakan tentang 'doogie style'. Mungkin anal, mungkin. Tetapi hubungan seksual jenis ini sebenarnya bukanlah tabu bagi saya - apa yang saya terkesankan ialah nilai-nilai existentialism yang cuba dibangkitkan dalam karangan ini.
.
.
.
.
.
.
.
..............doggie style? HAHAHAHAHAHAHAHA


Cerpen aku ni bukanlah mengenai nafsu seks semata2. Tapi aku cuba explore konsep sadist dan masochist. Kalau tengok dalam Wiki 

the terms sadism and masochism describe a personality type characterized by the actor or actress deriving pleasure and gratification from inflicting physical pain and humiliation (sadism) and the sacred need of the expression of judgement, punishment, and from suffering pain and humiliation upon the self (masochism)


Sadist,seorang yg suka melihat penyeksaan dan penderitaan orang lain. Sebab tu dia cuba memukul pasangan nya dan mendera mental dengan melontarkan kata-kata hina. Tapi bukanlah bermakna dia ni seorang yg kejam. Dia syg kan partner nya tapi dengan cara ini,melihatkan kasih syg dia. Itu yg dia cuba sampaikan. 

Masochists tend to be very specific about the types of pain they enjoy, preferring some and disliking others. Many behaviors such as spanking, tickling and love-bites contain elements of sado-masochism. Even if both parties legally consent to such acts this may not be accepted as a defense against criminal charges

Masochist pula,loves pain,yg dimana dia menahan cacian dari S,dan percaya yang S hanya cuba memahami diri dia,dan walau sebesar mana dosa dia,S menerima dia seadanya. Tanpa kepercayaan.hubungan macam ni takkan berjaya.
Usually these kind of thing selalu ada dalam partner pasangan hidup masing-masing. That's why aku boleh faham la kalau orang nak relatekan dengan seks. Tapi, tak semestinya setiap hubungan itu ada kaitan dengan seks kan. It's about trust. Kalau kau tak percayakan partner kau, macam mana kau nak bagi kebenaran kat dia untuk pukul kau & etc? haha 
Sounds ecchi but yeah these kind of thing wujud la. That's why ada yang keluar surat khabar husband masukkan terung kat ehem ehem bini dia la, whatever shit. Masyarakat Asia masih lagi memandang taboo mende2 macam ni, that's why the act of BDSM ni agak close. Seriously, i don't think most of us even know about this right? But in Japan, diorang memang agak open dan faham apa tu S&M. One question remains. How do I know bout S&M? 
Well, to quote The Malaysian Reader, "I read books because YOU don't want to!" 

pedas kan? haha aku pun terasa sikit. LOL btw, siapa yang rasa nak explore buku-buku novel mana yang best (especially english novels), dan asyik tanya aku mana satu buku yang okey everytime pergi kedai buku sebab nak beli buku baru pastu taknak pulak tu beli buku yang aku recommend, korang boleh pergi kat The Malaysian Reader ni sebab dia BANYAK GILA baca buku dan dia akan review setiap buku yang dia baca. So maybe korang akan jumpa buku-buku yang interesting gak la. Then buat la account GoodReads.com pastu kita boleh share buku sama-sama! :D

 p/s : hasil menang cerpen, dapat buku free dari Fixi! yay!