Jun 30, 2011
dilema
contoh kau kenal pasangan ni dah lama. suka la dengan diorang dan harap diorang kekal sampai bila-bila. tapi perlakuan salah seorang dari mereka macam pelik. Pelik as in boleh menimbulkan syak wasangka. bukan sekali dua si partner yg curang ni macam nak kantoi tapi tak kantoi la. Ada pernah tak rasa macam tu. Macam nak kantoi tapi tak kantoi. Contoh macam kau nampak stranger ni berkeliaran menjeling-jeling tepi rumah kau tapi bila dia sedar kau ada dia stop. Macam mencuri tapi takde bukti. Macam kantoi tapi tak kantoi. Macam tu la.
Apa yang kau rasa kau patut lakukan?
1. Bagitau partner dia
tapi kalau bagitau rosaklah satu hubungan tu. lagipun kau bukan sure sangat yang dia curang/menipu. suspect je. cuma takde bukti. kang kalau bagitau rasa bersalah pulak kalau tak de apa-apa kan. Lagipun meningkatkan tahap ketidak-percayaan masing-masing.
2. sound or confront si curang
or suspek curang. tanya dia depan-depan. sebab partner dia adalah lebih kurang orang yang kau sayang jugakla so tak mahulah jadi apa-apa kan. Kau respect dia sebab tu kau taknak dia buat sesuatu yang bakal disesali nanti. tapi kang kena marah or kena maki hamun pulak.
3. siasat lebih / dapatkan bukti
kalau macam ni tak kira macam stalker or invasion of privacy ke wey? Niat dah baik tapi niat tak halalkan cara kan? Tapi kita nak membendung sesuatu yang lebih buruk berlaku. Kalau positive boleh dibendung. kalau dah terlambat langsung nanti kira macam terhantuk baru nak terngadah.
4. biarkan kantoi sendiri dan buat tutup mata
boleh tapi perit sikit. kita pun sedih sebab orang yang kita sayangi dan sanjungi kan. Okey kalau kantoi kompom curang kena tutup mata jugak ke? Biarkan kantoi sendiri? Tapi kan nanti lagi pedih.
Seriously aku dalam dilema. Ini serius. Kalau boleh jawab secara serius juga. Please jangan tanya siapa. Please help.
Jun 17, 2011
Kapal Terbang Kertas #2
So anyway the important date arrived and I was excited to met him. Aku minta tolong kawan kawan aku which consist of Fatin, Adda, Zulaikha, Awyn,Athirah and others untuk teman aku jumpa Hafiz. Aku takut dan risau dan gelabah, you name it. Apa yang patut aku cakap bila kami berjumpa? Apa yang patut aku buat kalau dia tak hensem? (pardon me for being such a vain) Apa yang patut aku respond kalau things became awkward? Dammit Azyan keep yourself together!
I was one of those who you called a late bloomers. Kalau ada sesiapa yang kenal aku masa sekolah dulu, mereka akan faham betapa kebudak-budakkan nya aku, betapa tidak matang nya fikiran aku dan betapa main-main nya aku zaman sekolah. No we are not talking about middle school, but we’re talking about high school here. Love comes second. Apa yang penting adalah aku, kawan-kawan, comic (of course!) dan barulah percintaan. Jadi bila Hafiz muncul, perasaan aku bukanlah seperti ada bunga api dalam hati atau bagaikan berada di kayangan. Tidak. Aku macam biasa,cuma aku rasakan Hafiz adalah istimewa. Aku hanya rasa gembira bila ada seseorang untuk berbual dan berbalas mesej, berkongsi pendapat dan cerita tentang family aku dan sebagainya. Kau faham kan ketika kita kecil, semua masalah yang remeh nampak gila hebat. Masalah family yang simple je, takde pun porak peranda tapi kita rasakan itulah pengakhiran dunia. When we looked back at our past, terasa bodohnya zaman dulu-dulu kan?
The plan is to meet at McDonalds in front of the cinema. Hafiz akan berada di sana. Btw,family aku bukanlah jenis yang senang lepaskan aku keluar, even sampai sekarang pun. So this so-called-reunion is one-time-opportunity that I will not miss. Cakap dengan mak nak keluar jumpa kawan lama. Technically it was true so I wasn’t lying to my mom, but I’m going to meet someone else too! (^^,)
Hafiz oh Hafiz. After meeting with my friends, we headed to the cinema, nervously and currently at that time Fatin is having some sort of stomach ache. Tahu tak dekat depan wayang mid tu kan ada bulatan yang besar, dan depan nya ada Mcdonalds? Kami port dekat tiang bulat tu je, menunggu Hafiz. Poor Fatin.
"Hafiz, kau kat mana ni? Aku dah sampai Mcdonalds ni."
"Sama la. Kau pakai baju apa?"
*dup* *dap* *dup* *dap* "Aku..aku.. ala hari tu kau kata kau boleh je cari aku.."
"Okey. Tunggu aku tau."
Aku letak telefon. Mana satu Hafiz ni? Seriously boleh ke dia cari aku? Dia sembunyi kat wayang ke?
"Yan,mana satu Hafiz ni? Takde pun."
"Ntahla wey."
"Ke yang tu?" Adda tunjuk kat belakang aku.
Aku terus pandang belakang, dan aku nampak seorang lelaki berdiri belakang patung Ronald Mcdonalds sambil tersenyum. Hafiz ke ni?
"Hai Yan." Hafiz tersenyum. Aku tergamam,tak mampu nak cakap apa. First sebab akhirnya aku dapat jumpa dengan orang yang aku borak selama ni. Second sebab Hafiz agak comel. He was wearing a green shirt underneath a pattern jacket. He looked so cool, so... so... damn i lost my words there.
"Ha..hai Hafiz. Em kenal kan ini Adda, Athirah, Fatin, Zulaikha, Awyn."
"Hai girls. Boleh culik Yan sekejap tak?" okey now I'm blushing.
"Sila la. Tapi jaga Yan baik-baik okey. Kalau tak nanti siap." Adda reply.
"Janji. (^^)/"
"Hafiz, jom masuk Kosmos World."
"Ala nak masuk sana buat pe?"
"Jom la Hafiz aku tak pernah masuk sini lagi. Kan ada roller coaster semua. Syok tu."
"Buat apa naik roller coaster tu Yan? Eh kau tak takut ke masa kau naik tu, tengah elok-elok pusing tiba-tiba kau jatuh? Tinggi wey kau jangan main-main. Ni jatuh ni kompom kau jalan terus tak balik dah."
"Mende kau merepek ni Fiz? Jom la.. Please wahai Hafiz yang kacak lagi hebat. Jom la"
"...."
"Please Hafiz..."
"Ok..tapi dengan satu syarat....."
"Ape?"
"Kalau kau naik roller coaster tu, kau naik sorang-sorang."
"Eh mana boleh kau kena la teman aku"
"............." Muka Hafiz dah start merah.
"Kau............" Aku cuba cari ayat yang sesuai tapi tak keluar.
"Kau gayat ye Hafiz?"
Aku dah mula tergelak kecil. Hafiz nampak sangat tak selesa.
"Eh mana ada! Aku memang tak suka naik mende macam ni. Aku mana gayat."
Oh Hafiz you're so cute!
Sambil senyum aku cakap, " Okey, kita takyah naik roller coaster la. Tapi yang lain kau teman aku boleh?"
"Okey"
So our first joy-ride is DNA Mixer. Yes ladies and gentleman that is a bad choice for the first timer. Now I know how horrible it was. Aku tak faham celah mana yang seronoknya. I swear to god it is my first and the last ride of that thing, EVER.
Turun je dari DNA Mixer, kami dah tak stabil. Aku masih lagi boleh gelak-gelak tepi Hafiz, tapi Hafiz.. oh poor him. Hafiz nampak macam nak muntah sangat-sangat. He ran as fast as he could to the gents, and i could hear he's tearing his inside out.
"Hafiz are you okey?"
Aku hanya mampu jerit dari luar toilet. I felt like going inside but that's just me talking crazy. All I can do for him is wait. Keluar je Hafiz dari toilet, he said
"Promise me something Yan," with his pale face,
"Yes?"
"Jangan suruh aku naik mende macam tu lagi."
I burst out a big laugh. "Okey I promise."
And so we went for something less terrifying and my dream of riding roller-coaster shattered. But nevertheless, the silly things we did back then. It made me laugh whenever I remember about it. It was nothing much, really but everything is fun when you're with someone you like. Kami main kereta langgar, twice dan kami main kejar-kejar. It was really really fun.
Bila hari dah petang, I wanted to go home.
"Azyan, biar aku teman kau balik."
bersambung..
Jun 11, 2011
PECAH by Khairulnizam Bakeri
Selepas aku letak je buku ni kat tepi, satu kepuasan datang dalam badan aku. Akhirnya aku dapat baca satu novel Melayu yang sungguh lain dari biasa,lari dari cliche. Ini bukan kisah cinta Adam dan Maya, ini bukan kisah tentang anak muda yang turun ke bandar dan bertukar menjadi pemabuk dan jadi Si Tanggang. Bukan. Ini kisah tentang kehidupan seharian yang bertukar menjadi kompleks gara-gara kesilapan lampau, buatkan takdir ternganga dan terus diolah menjadi cerita.
Ah cubaan untuk menjadi lebih urban tidak menjadi. Maaf.
Mana aku pertama kali dengar tentang buku FIXI? Dari Obe's blog dan dari dalam Twitter. Tapi aku berniat untuk membaca buku ini muncul lepas baca review dari Nami's TTGB. Masing-masing mengolah tentang bagaimana betapa urbannya buku genre heist ni. Serious, aku langsung tak faham. Apa definisi pulp? apa maksud heist? Tak bukan aku bukan selalu sangat tengok movie Quentin Tarantino,itu aku mengaku.
So apa maksud semua ni?
'Pulp' dalam Urban Dictionary define as
"movie, book, or other type of publication with lurid (shocking/gruesome) subject matter, such as crime. Often shocking subjects portrayed as non-shocking."Heist pula
"The pre-meditated, organized robbery of a bank, shop, warehouse or other location."Jadi kau faham kan yang ini bukan novel cinta, tapi novel tentang rompakan bank. Okey sekarang baca pula sinopsis di belakang buku.
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH
Apa yang asalnya satu rompakan bank yang biasa kita nampak, tapi sikit demi sedikit buat Inspektor Paul, pelik. Bukti masing-masing tak link kat satu sama lain. Jap, ini rompakan. Apa kaitan dengan Bakar, pakcik tua yang bakal jalan tak lama lagi?
Okey wait rasa tak perlu aku spoil kan apa yang jadi dalam novel ni. Banyak flash back, banyak dialog yang bersahaja, and believe it or not ada Restoran Khulafa dalam ni. Mungkin sebab penulis nya tinggal di Shah Alam jadi semua latar belakang memang tempat di sana.
Aku sukakan puisi. Buku seperti Tenggelamnya Kapal Van der Wijck,dah lama berada dalam koleksi aku. Dan novel ni adalah seperti Hamka menulis dalam bahasa "Leverage". Normal, tapi percaya atau tak banyak bahasa melayu yang kau tak faham. Contoh. Tengok sinopsis dan bagitau aku apa itu "kerunyut"? Tapi taklah taraf sastera yang buat semua bosan. Mungkin ada yang tak suka sebab banyak flash back, banyak silang kata, tapi itu yang buat novel ini seronok.
Dan yang lawak nya, aku tak pernah perasan lelaki yang jadi cover ni pakai tudung. Seriously. Bila Athirah point out kat aku baru perasan. Siap ada nampak silhouette janggut lagi. Ahaha.
Aku jamin novel ini akan buat kau terkejut, dan pening. Tapi bila semua misteri, semua soalan dah terjawab, kau akan faham dengan sendiri. Baca lah, hanya rm20 di Kinokuniya dan MPH. Kau akan tahu apa perasaan bila habis nanti. It is unless, this isn't your cup of tea.
Jun 3, 2011
looking ahead
will we be easily trapped by craps
with malicious intent,
will we supporting our children to be a singer,
who do nothing but swirling her finger,
will we the one who will start a revolution,
or the one that demolish a nation,
what kind of people we will grow up to be?
we have to deal with murderers and kidnappers,
judgmental and traitor,
how will my children live and smile,
when fears strike every second of her life,
what kind of people we will grow up to be?
i hope someday I'll be able to see,
what the future holds for my family and me.
by azyan azilah, a dreamer.
i am always be amazed by the small things that happened,
un-significant events that leads me to my own world of imagination.
May 21, 2011
Once upon a time..........
May 9, 2011
On a Very Humble Note...
May 7, 2011
Kapal Terbang Kertas #1
Masa tu aku baru lepas tingkatan 3. 2004 I guess. Internet baru naik dan yang tengah boom adalah MiRC. Pernah main tak?
After PMR dah setel, rasa macam nak bebas dan nak mencari sesuatu yang seronok. Sebab masa tu rumah aku masih lagi takde computer sendiri dan internet connection, jadi aku selalu cari peluang untuk pergi ke cc. Habit untuk masuk dalam MiRC ni start masa kat sekolah. SMK Sungai Pusu to be exact. The only computer that is available untuk student masa tu ada dalam Bilik Cyber. Geng –geng aku masa tu sanggup lari dari prep untuk lepak dalam Bilik Cyber sebab nak chatting. Aku masih ingat lagi member ajar ASL tu apa. For those yang tak tahu ASL stands for age/sex(gender)/location. And frankly dalam MiRC ramai gila orang yang cari ajak buat sex.
Tapi malangnya aku sebagai seorang gadis yang innocent lagi naïf seronok berchatting dalam MiRC untuk cari member baru. Adalah tersangkut seorang gila seks tapi yang tu akan aku ceritakan nanti. The story of me and Hafiz starts from here.
Macam biasa hari tu aku lepak kat cc untuk chatting dalam MiRC. Kalau tak silap dia ada bilik or forum yang lain-lain. Macam satu community or tempat lepak yang kau masuk dan berkenalan dengan semua orang. Ada kotak private dan ada kotak umum. Kau kenalkan diri kau dalam kotak umum tu dan kalau ada orang yang kau nak kenal,masuk dalam kotak private. Macam tu la lebih kurang. I cant really remember.
So aku masuk dalam satu bilik dan start cari nama-nama yang boleh kata best untuk ajak borak dan berkenalan. Then aku nampak nama hapiece86. The thing is, masa tu aku dah mula jadi otaku dan the word ‘piece’ reminds me so much of One Piece. Jadi aku prompt untuk mesej in private, solely because I thought he was into comics too, just like me.
‘hey. ASL please’
‘hafiz/male/seremban. You?’
‘yan/f/gombak. Keje ke?’
‘xla. Belajar lagi.’
It started from a simple ‘Hey’ but it turns out to be a very nice conversation between me and Hafiz. The details arent very important but at least I got a new friend. Lepas dah puas berborak, jam dah tunjuk pukul 5 petang. By the way masa tu mak balik dari kerja and I gotta be at home before 5.30. aku terpaksa balik dulu and before I got back
‘yan boleh dapatkan nombor telefon? Senang sikit nak mesej lepas ni.’
And like a good innocent kid I gave my number to him. It was very dangerous, very inappropriate for a girl like me to do such thing, but nevertheless it was a decision I never regret of doing.
Lepas sampai je rumah Hafiz mesej. Dia tanya wether dah sampai ke belum, selamat ke tak. And I replied.
A simple hai can made someone smile and a simple care made everyone felt appreciated. Aku dan Hafiz berbalas mesej, pagi dan petang. We get to know each other. What is your favourite food, your music genre, things like that. And the funny thing is,I still remember his favourite color,red and black. We do talk a lot though. Rumah Hafiz dekat Seremban, which near the airport. Jadi selalu sangat nampak kapal terbang lalu lalang atas rumah dia. Dan setiap kali ada kapal terbang, Hafiz akan pandang atas dan bagitahu aku kapal terbang negara mana yang lalu pada masa tu. Kalau tak silap aku, setiap kapal terbang ada warna lampu dan corak masing-masing untuk membezakan sesama mereka. Too often Hafiz saw these lights made him remembers almost everything. Hafiz selalu cerita pada aku tentang lampu-lampu tu semua, and I as a good listener always listen to him very carefully. Kami berborak dekat balkoni sambil pandang ke langit sama-sama. Since he loves looking at the airplane, he tend to love the sky too. And because of him, I really love staring at the skies. Kami kira, berapa bintang yang ada pada masa tu, bentuk bulan, bentuk awan. Cheesy I know but that is exactly what we did back then.
Hafiz is a tough guy but honestly he is gentle. Contoh, dia pernah menyanyikan aku sebuah lagu dengan gitar dia, which unfortunately I didn’t know what it was since I was so ignorant back then. And yes guys, take note. It doesn’t matter how harsh or how tough a girl can be, when you sing a song to her thru a guitar, trust me she’ll fall for you immediately. And yes I already felt for him at that time. He was so sweet to me. Aku ingat lagi masa tu aku tersenyum sendiri atas tilam, dan tergelak kecil masa dia nyanyikan lagu punk, I guess. Dan oh ya masa tu Hafiz sibuk dengan geng Sharp. Flashback. Masa tu tengah zaman punk nak up, dan I guess diorang ada masalah dengan geng Sharp. Owh well I never care about those things anyways. Does anybody care to tell me more about this Sharp-Punk thing?
Few months later, I was back in school. Seperti biasa sekolah menengah macam kami sentiasa ada pelajar yang pindah ke SBP atau sekolah yang lebih hebat dengan alasan sekolah tu lebih baik. Dan juga seperti pelajar sekolah menengah yang normal, kami mengada nak adakan reunion dengan kawan yang baru beberapa bulan tak jumpa. I was a part of that reunion and because of I seldomly get the chance to get out, I asked Hafiz to come and meet me. It was our first time ever of seeing each other and I was extremely nervous. Aku bagitahu kawan aku pasal ni dan tempat pertama kami berjumpa dekat Mid Valley. But the thing is….
‘Hafiz macam mana aku nak kenal kau bila aku jumpa kau nanti?’
‘Jangan risau. I’ll know you.’
Bersambung….
Apr 30, 2011
Free Seating, Upper Tier
Exam yang super stressed dah berlalu. Okey tipu, baru lepas 2 paper. Mesti semua budjet dah abes exam kan? tidakkkk.. anda salah.. Berjimba masih berjalan walaupun exam bakal menimpa. Tiket dah beli, dengan berhutang nya sebab duit short, matilah kau patah tulang 8 kerat nak membayar nye.
Jadi plan on dengan partner-in-crime Azam dan Ells, dengan Ells nak exam pagi esok, memang terbaiklah kan! Oh ye, days before kami plan untuk gerak ke stadium, Azam telah buat saya jealoous dengan keborongan buku beliau. Dammit. Sebagai bookworm/nerd yang sejati kena jugak lawat BookFair 2011 kat PWTC. I mean, come on, sapa yang taknak datang lepas tengok harga murah gila macam tu??!!

believe it or not.
Next? Konsert la der!!

free seating, upper tier



Untuk masuk ke dalam stadium, terpaksa beratur panjang gila dan untuk tidak membazirkan masa kami cam-whore sebentar dan membeli kipas M5 sebagai souvenir.

Adam Levine is sooooo cute!
Sepanjang concert, 80% kami berdiri dan menjerit macam fangirl yang fanatik. "Adam I LOVE YOU!!!" "ADAM TAKE OFF YOUR CLOTHES!!" dan sebagainya. Maaf hormon gatal naik sebentar.


the after concert.
Adam's tweet about the concert



Dalam acount ni diorang akan keep track what books you've read, which book you're currently reading and how many books in the list of to-read. Made the counts easier! So far buku yang aku dah baca baru a few, dan tak lama lagi nak baca buku-buku kat atas, plus buku yang bakal dibeli... aaahhh tak sabarnya. hoho
So kalau korang nak jadi bookworms and nerd just like me and Azam, come and made one! tapi kena make sure baca buku la tau! Jangan tipu! LOL.
Ok dah. Balik kepada exam mode. (T_T) dan kalau interested untuk baca report dari Azam, here is the link !
