Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Jun 11, 2011

PECAH by Khairulnizam Bakeri



Selepas aku letak je buku ni kat tepi, satu kepuasan datang dalam badan aku. Akhirnya aku dapat baca satu novel Melayu yang sungguh lain dari biasa,lari dari cliche. Ini bukan kisah cinta Adam dan Maya, ini bukan kisah tentang anak muda yang turun ke bandar dan bertukar menjadi pemabuk dan jadi Si Tanggang. Bukan. Ini kisah tentang kehidupan seharian yang bertukar menjadi kompleks gara-gara kesilapan lampau, buatkan takdir ternganga dan terus diolah menjadi cerita.

Ah cubaan untuk menjadi lebih urban tidak menjadi. Maaf.

Mana aku pertama kali dengar tentang buku FIXI? Dari Obe's blog dan dari dalam Twitter. Tapi aku berniat untuk membaca buku ini muncul lepas baca review dari Nami's TTGB. Masing-masing mengolah tentang bagaimana betapa urbannya buku genre heist ni. Serious, aku langsung tak faham. Apa definisi pulp? apa maksud heist? Tak bukan aku bukan selalu sangat tengok movie Quentin Tarantino,itu aku mengaku.

So apa maksud semua ni?

'Pulp' dalam Urban Dictionary define as
"movie, book, or other type of publication with lurid (shocking/gruesome) subject matter, such as crime. Often shocking subjects portrayed as non-shocking."
Heist pula
"The pre-meditated, organized robbery of a bank, shop, warehouse or other location."
Jadi kau faham kan yang ini bukan novel cinta, tapi novel tentang rompakan bank. Okey sekarang baca pula sinopsis di belakang buku.

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH

Apa yang asalnya satu rompakan bank yang biasa kita nampak, tapi sikit demi sedikit buat Inspektor Paul, pelik. Bukti masing-masing tak link kat satu sama lain. Jap, ini rompakan. Apa kaitan dengan Bakar, pakcik tua yang bakal jalan tak lama lagi?

Okey wait rasa tak perlu aku spoil kan apa yang jadi dalam novel ni. Banyak flash back, banyak dialog yang bersahaja, and believe it or not ada Restoran Khulafa dalam ni. Mungkin sebab penulis nya tinggal di Shah Alam jadi semua latar belakang memang tempat di sana.

Aku sukakan puisi. Buku seperti Tenggelamnya Kapal Van der Wijck,dah lama berada dalam koleksi aku. Dan novel ni adalah seperti Hamka menulis dalam bahasa "Leverage". Normal, tapi percaya atau tak banyak bahasa melayu yang kau tak faham. Contoh. Tengok sinopsis dan bagitau aku apa itu "kerunyut"? Tapi taklah taraf sastera yang buat semua bosan. Mungkin ada yang tak suka sebab banyak flash back, banyak silang kata, tapi itu yang buat novel ini seronok.

Dan yang lawak nya, aku tak pernah perasan lelaki yang jadi cover ni pakai tudung. Seriously. Bila Athirah point out kat aku baru perasan. Siap ada nampak silhouette janggut lagi. Ahaha.


Aku jamin novel ini akan buat kau terkejut, dan pening. Tapi bila semua misteri, semua soalan dah terjawab, kau akan faham dengan sendiri. Baca lah, hanya rm20 di Kinokuniya dan MPH. Kau akan tahu apa perasaan bila habis nanti. It is unless, this isn't your cup of tea.

Dec 25, 2010

My Girlfriend is a Gumiho


Another obsession found!

Selain dari memasak kat rumah, ye saya obsess dengan drama Korea. Japan is great, i agreed because Japan sangat hebat dari pelbagai benda, but you have to admit yang Korea memang pandai buat cerita. hehe

My Girlfriend is a Gumiho (MGG) or also known as My Girlfriend is a Nine-tailed Fox tells us a story about legendary Gumiho which said to eat man's liver when the man offer himself to be fox's groom.

MGG cerita pasal Cha Dae Woong (played by cute Lee Seung Gi) rich spoilt brat yang nak jadi action hero,tapi atuk dia langsung tak bagi. Atuk asyik paksa Dae Woong pergi masuk real U dan masa Dae Woong nak larikan diri, accidently dia terbebaskan Gumiho yang stuck dalam lukisan. Bila Gumiho (played by Shin Min Ah) terlepas, dia selamatkan Dae Woong yang terjatuh so Miho terpaksa follow Dae Woong,everywhere!


Teaser untuk MGG

Shin Min Ah as Gu Mi Ho.

Bagi aku sebuah cerita tu best bila actor and actress nampak serasi, nampak real. dan dalam ni Shin Min Ah memang nak sangat cute, sangat innocent. Sebab dia musang jadian, maka asyik nak makan daging jeee. sangat cute bila dia cuba untuk menjadi seperti manusia. sangat menawan hati bila dia asyik sebut "NOMU NOMU NOMU NOMU NOMU NOMU" which translated as really really really really. SANGAT CUTE!

Lee Seung Gi as Cha Dae Woong

Every single time aku tgk cerita ni aku tak boleh lari dari fikir yang dia sangat serupa dengan Rupert Grint dalam Harry Potter. owh Ronald Weasley... *okey please back to the real world yan* Mula-mula muka Dae Woong sangat comel bila Miho cuba takutkan dia. dalam MGG Dae Woong is displayed as spoilt rich brat yang bergantung kat atuk yang kaya je. But then lama-lama dia nampak tambah matang. Awwwww. suka suka suka. silap. nomu nomu nomu nomu chuaaaaa. LOL

this is the painting which Gumiho escaped from.


i hate her!!
(the one in red dress)


Paling comel bila Miho sangat suka makan daging yang terlampau banyak, every single time. dan kalau dia tak dapat makan daging, Miho akan ugut nak makan Dae Woong. tengok la muka dia yang comel yang ketakutan tu!!


MGG adalah sebuah drama yang sangat best. semua character berjaya bawak watak masing-masing. Even the evil one are really evil sampai macam nak lempang. Mostly dalam setiap drama yang best, soundtrack dia pun dikire berjaya jugak la. Lagu semua sweet especially Fox Rain by Lee Sun Hee. Please listen to it!




both of this are supposed to be a gif,
but somehow they are not moving.
damn!



So i hope you'll enjoy watching the show! em, for rating I'll give 9/10. Sebab ending macam spoil sikit. tapi overall tetap best! If you want to watch them online, you can watch them here!


Next, Playful Kiss!

Oct 24, 2010

hati tisu

berdasarkan status kawan aku, aku memang hati tisu.

aku tak tahu kenapa,tapi aku cepat je menangis kalau tengok cerita yang sedih. sebab tu aku tak suka tengok cerita melayu yang jenis syahdu dan sayu. cepat je air mata ni nak mengalir.

kalau setakat tengok cerita sedih,aku boleh faham lagi. ni kenapa bila aku baca novel, baca komik, aku boleh menangis + naik bulu roma?

for example, aku baca One Piece. masa Ace mati,aku menangis sepuas-puasnya. kesian Luffy!!! siap buat tribute lagi. *aku still sedih bila baca chapter tu dan hati masih meraung bila mengenangkan Ace. T.T *

another example, masa aku form 5, aku ingat lagi. Aku duduk kat library sekolah. FYI, library sekolah aku masa tu tingkat atas sekali,yakni tingkat 4. memang buat orang malas nak datang la kan. aku duduk kat hujung floor, tepi toilet, tempat yang aku rasa paling tenang, and then menangis sambil baca buku Harry Potter. Masa tu Sirius Black mati. mak aih! Sedih gile rasa. macam nak terjun sekali teman Sirius Black. Sebab tu Harry Potter volume 3 adalah volume yang paling aku suka.

anway,yang buat aku menangis teresak-esak ni cerita korea (as usual la kan!). Title : A Moment to Remember (2004)



cerita SUPER sedih + sweet. please la tengok.

Cerita ini pasal a couple, between a forgetful woman named Su Jin and a man named Chul Soo. Cerita ni berkisar Su Jin yang putus cinta dengan laki orang, then dia jumpa Chul Soo accidently. When they fall in love is,everything seems amazing. Then what? Kahwin la kan.

But wait! Lepas kahwin, perangai Su Jin makin menjadi. Asyik lupa je. sampaikan rumah hampir nak terbakar. Doctor sahkan yang Su Jin mengidap Alzheimer's disease.

OMG. sangat sedih. macam mana Chul Soo bertahan dengan Su Jin yang makin lama makin lupakan dia. Sayu sangat tengok orang yang paling kamu cintai, lupa nama kamu. Lupa siapa kamu. Lupa kenangan indah bersama. Sayu sangat.

*lap air mata,hembus hingus jap*

okey,dah okey dah.

*tarik nafas dalam-dalam*

sedih sangat tau. Menangis je keje aku. sampai terhasilnya status Latifah Ibrahim tu.

Ada tak cerita korea yang menarik dan patut ditengok untuk nangis-nangis yang kamu dah pernah tengok? Share it with me ya? \(^o^)/

Apr 26, 2010

brick

aku baru belajar mendownloading movie thru thepiratesbay.org (credit to kak dila. lolz) and it was so fun! so,inilah review tentang movie yg aku download. oh ya,aku akan download movie yg tak famous, movie yang tak kuar wayang dan movie yang menang award. kalo korunk ada suggestion tentang movie pe yg best, please tell me kay? *wink wink*




Brick. I don’t know how I should start.

It was great, it was exciting, it was anticipating. Brick adalah antara filem indie yang cool, dark investigation movie, set up in high school somewhere in California.

Brick adalah kisah mengenai Brendan, played by Joseph Gordon Levitt, yang menyiasat tentang kehilangan bekas awek die. He is an outsider, never mixed up with high- schooler. Bekas awek Brendan, Emily masuk dalam high society and get tangled up with drug-dealer. Emily dibunuh, dan Brendan needed to know what happened to her.

Cerita ni best and complex in a certain way. At first I couldn’t understand it either. I was searching for a review, a simple explanation on what this movie was, so that I can prepare myself. (yeah I do that sometimes.) The reviews keep saying that this was a good movie. The critic loves it, but not the audiences.

I had the same kind of after-movie-effect feeling that I got after watching ‘V for Vendetta’. I was curious, I want to know, I want to find things that I don’t understand. The dialogues were heavy. You really need to focus on what they were saying, or else you never get to understand a thing. I watched this movie twice and I even search their script on IMDB coz I need to know. Haha. That is how tangled up I am with this movie. It was great actually. Once you found out what really happened, who is their culprit, why he did that, you gained some kind of satisfaction.

Macam Que cakap dalam Papadom, “misteri itu macam bawang ye. Bila kita kupas satu persatu, kita dapat yang indah.“ lolz

So if you asked me, I don’t really suggest you guys to watch this movie, unless you are into mysterious, heavy-dialogue kind of movie, which I am. If you watched this movie and enjoyed it, I guess it was something worth being proud of.


p/s : now I do see Gordon as someone to be admired at. Because he was so good in this shit.

p/s/s : title movie ni, 'brick' means a block of heroin, compressed roughly to a size of a brick.

Apr 16, 2010

otter. the cutest creature ever.


this is otter.


binatang yang paling aku nak bela ialah otter. why?
tengok gamba pun dah tau. sangat cute kan?


so,what is this otter?

otter ni haiwan mamalia yang hidup kat air. mainly eat aquatic animals like fish. ada macam-macam jenis otter. ada yang dok kat laut,ada gak yang dok kat sungai.

jantan otter dipanggil 'dog',dan female otter dipanggil 'bitch'.
(yes people,bitch. otter is so cute,i dont mind being called bitch afterwards. lolz)

em,pe lagi intro untuk otter ni yek? otter adalah antara haiwan yang sangat aktif. oleh sebab keaktifan otter ni,maka fisherman kat utara Bangladesh bela otter untuk kejar ikan bagi masuk dalam jaring. teknik dah widely used for generations dan masih lagi diguna pakai esp kat Narail,Bangladesh. (ok,part ni aku garu kepala skit. camne tu?)



this is Eurasian Otter. found @ Langkawi. credit here.

anyway,what makes me love otter so much is their habit when they sleeping. When otter sleeps,they were holding hands with their partner so that they wont float away from each other. aaawwww~~~ so cuteeee!!! just watch this video and you'll be smiling to your ears!!!




btw,otter are some of the most affectionate animals. could you guys tell me other animals that you think are cute/affectionate/adorable?

credits to wiki and here.








still,even haiwan tau nak berkasih sayang. manusia?