Showing posts with label Short story. Show all posts
Showing posts with label Short story. Show all posts

Feb 3, 2013

Gula-gula



Qila lihat sekeliling. Meriah. Penuh dengan orang. Masing-masing enak menjamu selera. 

Memang Kafe Bites menjadi tumpuan. Bila tengahari tiba, manusia penuh mengerumuni. Pelbagai pilihan, enak pula. 

Qila tersenyum. Dulu bukan begini. Pengorbanan ke Prof Stephen berhasil. 2 bungkusan yang prof bagi berkesan. Arahannya sangat jelas. Setiap masakan, titiskan 2 titik ubat pertama. Sel otak pelanggan akan jadi sangat aktif, merangsang deria rasa ke tahap maksima. Buat semua naik gila, teringat-ingat masakan Qila. Namun side-effect bahaya. Perlu antidote segera. 

Penyelesaian Qila senang sahaja. 

“Bukan semua yang aku suka. Yang menghina, tak diberi gula-gula penawar. Biar sakit jiwa”.





Qila memang pendendam orangnya.

Jan 14, 2013

Sumbat


Dia terikat. Mulut disumbat. Panik.

Hazlan diam. Telinganya peka mendengar bunyi tapak kaki. Mungkin mereka masih di luar. Dia kena senyap. Kalau mereka perasan, habis musnah rancangan.

Dia tahu, ini akan terjadi. Masa mereka mengikat tangan Hazlan, dia bijak untuk menggenggam tangan dan meninggalkan sedikit ruang, supaya mudah untuk meloloskan jarinya. Bila Hazlan pasti mereka dah pergi, dia mulakan rancangannya.

“Sial la. Sakit tangan aku.” Keluh Hazlan dalam hati.

Sikit demi sedikit jarinya mula bebas. Bila tangan dah lepas, mulut bukan lagi satu masalah.

Hazlan lega. Pintu stor dibuka. Dia mengeluh. Perkara buli seperti ini akan terjadi lagi. Sampai bila-bila.